LIVERPOOL: Pasukannya tidak berdaya menangani permainan Liverpool yang memberinya tekanan di bahagian padang sendiri, kata Louis Van Gaal selepas Manchester United tewas 2-0 di Anfield dalam Liga Europa semalam.
Daniel Sturridge menjaringkan penalti pada separuh masa pertama sebelum Roberto Firmino menjaringkan gol kedua 17 minit sebelum wisel penamat bagi membenarkan Liverpool mara kian hampir ke suku akhir pertandingan itu.