LOS ANGELES: Legenda tinju dunia, Muhammad Ali, kini dirawat di hospital kerana masalah pernafasan, kata seorang jurucakap keluarganya kelmarin.
Dalam kenyataan yang diterbitkan itu, jurucakap keluarganya, Encik Bob Gunnell, berkata keadaan bekas juara kelas heavy dunia sebanyak tiga kali itu sebagai "stabil" dan dijangka tidak akan ditahan lama di hospital.