EURO 2016
Muncul juara kumpulan, Deschamps akur 'misi tercapai'
Jun 21, 2016 | 05:30 AM
LILLE (Perancis): Pengurus Perancis, Didier Deschamps, mengatakan bahawa anak didiknya telah pun memenuhi matlamat awal melayakkan diri ke pusingan kalah mati sebagai juara Kumpulan A menyusuli keputusan seri 0-0 dengan Switzerland kelmarin.
Hos Euro 2016 ini menguasai sebahagian besar perlawanan di Stade Pierre-Mauroy di Lille dengan penyerang muda berbakatnya, Paul Pogba, menyaksikan dua percubaannya terkena palang gawang lawan.