Marco REUS
Jerman
MARCO REUS mungkin belum cergas sepenuhnya untuk sertai pasukan negaranya ini akibat kecederaan pada buku lalinya, meskipun tidak dianggap serius.
Sementara itu rakan sepasukan Florian Wirtz masih berusaha untuk pulih daripada masalah ligamen lutut anterior (ACL) yang dialami.
PAULO DYBALA
Argentina
BINTANG AS Roma, Paulo Dybala, berkemungkinan terlepas peluang beraksi dengan pasukan Argentina dalam Piala Dunia menyusuli kecederaan yang dialaminya ketika menentang Lecce baru-baru ini.
Malah pengurus pasukan kelab itu, Jose Mourinho, dipetik sebagai berkata:
"Kecederaannya kelihatan agak teruk.
"Saya tahu kecederaaannya amat teruk selepas berbual dengan Paulo," kata Mourinho.
Kemungkinan juga Dybala terpaksa diletakkan di bangku simpanan bersama rakan senegara Angel Di Maria, yang mengalami masalah peha. - Foto-foto AFP
N’GOLO KANTE
Perancis
NASIB salah seorang pemain bahagian tengah terhandal dunia, N'Golo Kante, masih belum pasti.
Ini selepas kelab yang disertainya, Chelsea, mengesahkan bahawa pemain Perancis itu akan menjalani pembedahan pada bahagian hamstring yang mungkin menyebabkannya tidak dapat beraksi di padang selama empat bulan.
Padahal Kante bemain amat baik buat Perancis yang memenangi Piala Dunia pada 2018.
DIOGO JOTA
Portugal
PEMAIN bahagian serangan Liverpool, Diogo Jota, merupakan seorang lagi pemain yang akan terlepas beraksi dengan pasukan negaranya akibat kecederaan serius pada otot betisnya. Ini meskipun beliau sedang menjalani proses untuk pulih.
RYO MIYAICHI
Jepun
BEKAS pemain sayap Arsenal, Ryo Miyaichi (kiri), pasti terlepas peluang untuk bersama pasukan negaranya akibat masalah liigamen lutut anterior (ACL yang dialaminya.
Nasib seorang lagi bekas pemain Arsenal, Takuma Asano, belum dapat dipastikan akibat masalah lututnya.