Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PEMAIN DALAM TUMPUAN

Musiala disebut 'Lionel Messi' baru

Nov 30, 2022 | 05:30 AM



PEMAIN remaja Jerman, Jamal Musiala, telah mencetuskan keghairahan dalam kalangan penyokong bola sepak di Qatar.



Diberi gelaran "the next Lionel Messi" atau pengganti Lionel Messi, perbandingan remaja berusia 19 tahun, dengan legenda bola sepak dan pemenang anugerah bola sepak berprestij, Ballon d'Or, tidak keterlaluan.



Musiala memainkan peranan penting dalam keputusan seri 1-1 dengan Sepanyol yang memastikan pasukan pimpinan Hansi Flick itu masih boleh berjuang untuk sehari lagi bagi memastikan kelayakan di Qatar.



Sedang persembahan juara dunia empat-kali, Jerman, sejauh ini di Qatar amat mengecewakan, namun persembahan individu Musiala telah memperkukuh reputasinya sebagai antara remaja paling berbakat di dunia.



Dalam perlawanan menentang Sepanyol pada Ahad lalu, statistik Musiala ialah seperti berikut: Hantaran tepat - 84 peratus, hantaran silang tepat - 100 peratus dan merintis peluang jaringan bagi gol penyamaan jaringan Niclas Fullkrug.



Pemain midfield Bayern Munich itu, yang dibesarkan di England dan mewakili pasukan belia England namun akhirnya mengambil keputusan mewakili negara asalnya, disifatkan media Jerman sebagai satu-satunya sinar dalam kempen Piala Dunia negara itu sejauh ini.



Jerman kini menduduki tangga terbawah dalam Kumpulan E dengan hanya satu mata dan kini perlu mengalahkan Costa Rica sambil mengharapkan pendahulu kumpulan, Sepanyol, tidak tewas di tangan Jepun dalam perlawanan awal pagi lusa (Jumaat, 2 Disember, 3 pagi waktu Singapura).



Bekas kapten Jerman, Lothar Matthaus, berkata apa pun terjadi di Qatar, Jerman harus bangkit dan membangunkan pasukan dengan Musiala sebagai nadi pasukan itu.



"Beliau boleh menjadi Messi bola sepak di masa depan, begitu menyerlah kehebatannya," kata Matthaus, yang menjulang Piala Dunia pada 1990.



"Saya telah mengikuti perkembangannya dari dekat sejak dua tahun lalu. Saya seronok melihat corak permainannya dan personalitinya.



"Beliau baru berusia 19 tahun, tapi Musiala sudah pun menunjukkan beliau akan menjadi pemain bola sepak hebat dunia. Beliau mempunyai akal yang bijak, akal bola sepak yang bijak." katanya.



Mattahus menambah, beliau melihat banyak persamaan antara Messi dan Musiala, semasa nama legenda Argentina itu mula menarik perhatian pada usia yang hampir sama.



"Semasa Messi berusia 17, 18 tahun, dunia mula menarik perhatian. Saya lihat banyak persamaan antara dua pemain ini," katanya lagi. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >