Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA SINGAPURA

Musim baru bermula 13 Mac, Brunei DPPM tidak beraksi lagi

Feb 24, 2021 | 05:30 AM



MUSIM baru Liga Perdana Singapura, akan bermula pada 13 Mac, dengan lapan pasukan menyertainya.



Lebih 90 perlawanan dijadualkan sehingga Oktober, termasuk bagi Piala Singapura dan Perisai Masyarakat. Semua permainan akan dimainkan tanpa penonton, tetapi siaran langsung akan ditunjukkan di televisyen dan di dalam talian, kata Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) dalam kenyataannya semalam.



Sekali lagi, Brunei DPMM tidak akan menyertai pertandingan disebabkan sekatan pergerakan akibat Covid-19. Ia terpaksa mengundur diri dari pertandingan pada musim lalu kerana sebab yang sama.



Satu lagi kelab asing, Abirex Niigata, yang juga juara bertahan tetap akan beraksi musim ini dan dijadual tampil dalam perlawanan pembuka tirai dengan Hougang United.



FAS berkata kededua Brunei DPMM dan pihaknya telah meneroka pelbagai cara supaya DPMM, yang telah dua kali menjuarai liga, dapat beraksi musim ini tetapi tiada huraian dicapai.



"Juara 2019 itu telah memberitahu FAS ia terpaksa menarik diri kerana sekatan pergerakan Covid-19."



"DPMM terus menjadi sebahagian penting SPL dan kami berharap menerima mereka semula musim depan."



Musim ini, Perisai Masyarakat, yang biasanya dimainkan sebagai perlawanan pembuka tirai akan diadakan pada 19 Jun.



Albirex Niigata dan naib juara musim lalu Tampines Rovers akan bersaing bagi merebutnya.



Dalam pada itu, setiap kelab dibenarkan mendaftar empat pemain asing tanpa had usia, termasuk seorang pemain dari negara anggota Gabungan Bola Sepak Asia (AFC). Perubahan ini supaya peraturan SPL selaras dengan pertandingan peringkat serantau, kata FAS.



Seperti musim lalu, tempoh rehat untuk minum air akan diperuntuk bagi setiap perlawanan, pada minit ke-25 dan minit ke-70.



Setiap pasukan dibenarkan membuat tiga pertukaran pemain, dan menamakan tujuh pemain simpanan.



Pasukan Lion City Sailors, yang sebelum ini berpangkalan di Stadium Bishan akan berkongsi Stadium Jalan Besar dengan Young Lions. Balestier Khalsa pula akan kembali ke Stadium Toa Payoh, sementara Hougang bertempat di Stadium Hougang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >