Subuh
5:30
Syuruk
6:53
Zuhur
12:56
Asar
4:19
Maghrib
6:56
Isyak
8:11
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK SETEMPAT

Musim baru Liga Perdana SG mula 25 Feb; setiap kelab aksi 4 pusingan

FAS: Perubahan dijangka semarak saingan tahap lebih tinggi, bantu pemain tambah waktu aksi di padang; Piala Singapura turut dianjurkan semula selepas dua tahun ditiadakan
Jan 27, 2022 | 05:30 AM



PEMINAT bola sepak setempat boleh menjangkakan lebih banyak aksi hebat bermula bulan depan, apabila musim baru Liga Perdana Singapura (SPL) bermula dengan format baru.



Piala Singapura - yang telah dua tahun tidak diadakan disebabkan pandemik - juga akan dianjurkan semula.



Dalam kenyataannya kelmarin, Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) berkata musim baru SPL akan bermula pada 25 Februari.



Namun, perlawanan pembuka tirai musim akan berlangsung lebih awal, apabila juara bertahan, Lion City Sailors, berentap dengan naib juara musim lalu, Albirex Niigata, untuk merebut Perisai Masyarakat di Stadium Jalan Besar pada 19 Februari.



Menyusuli itu, Albirex akan beraksi dalam perlawanan liga pertama musim ini di Stadium Jurong East apabila bertemu Tanjong Pagar United pada 25 Februari.



Format round-robin empat pusingan akan diperkenalkan musim ini, yang menggantikan format tiga pusingan yang diadakan pada musim lalu.



FAS berkata perubahan ini akan menyemarak saingan tahap lebih tinggi, selain membolehkan pemain menambah waktu beraksi di padang.



Ini bermakna setiap pasukan dalam SPL - yang disertai lapan pasukan - akan beraksi dalam 28 perlawanan liga musim ini, berbanding 21 perlawanan pada musim lalu.



Selaras dengan penambahan bilangan perlawanan ini, kelab-kelab akan dibenarkan menamakan lebih ramai pemain simpanan - daripada tujuh kepada sembilan pemain - dan boleh menggantikan sehingga lima pemain berbanding tiga pemain sebelum ini.



Ketua jurulatih Hougang United, Clement Teo, berkata musim yang lebih panjang boleh menjadikan persaingan lebih sengit dan menarik.



Beliau juga berkata usul menaikkan bilangan pemain gantian yang dibolehkan bagi setiap perlawanan daripada tiga kepada lima sebagai suatu yang munasabah.



"Memandangkan keadaan Omicron pada masa ini, dan dengan pemerintah menjangka jangkitan akan bertambah, mempunyai 20 pemain dan lima pemain gantian boleh membantu pasukan. Ia juga akan memberi jurulatih lebih banyak pilihan," ujar Teo kepada The Straits Times (ST).



Hougang, yang memulakan persiapan bagi musim ini sejak November lalu, akan membuka tirai musim baru dengan berentap dengan Sailors.



Sailors, yang akan beraksi dalam Liga Juara-Juara Asia (AFC) musim ini, telah berbelanja besar, membeli pemain dari Brazil Pedro Henrique, difahami dengan harga $2 juta, dan penyerang Korea Selatan Kim Shin-wook dengan pakej tiga tahun bernilai $3 juta.



Diminta mengulas mengenai persiapan pasukannya untuk bertemu Sailors, Teo enggan mendedahkan rancangannya.



"Apabila kami melihat jadual perlawanan, kami tersenyum sesama sendiri... ia suatu yang menarik," ujar beliau.



Sebagaimana yang telah dilaporkan sebelum ini, pada musim ini, jumlah minimum pemain Bawah 23 Tahun warga Singapura yang ditetapkan untuk memulakan perlawanan akan dikurangkan, dengan kuota bagi setiap pasukan dikurangkan daripada tiga kepada satu.



Musim baru ini dijadual berakhir pada 15 Oktober, sebelum Piala Singapura bermula pada 25 Oktober.



Pemenang Piala Singapura akan melayakkan diri bagi Piala Gabungan Bola Sepak Asia (AFC) bagi tahun depan.



Sehingga 1,000 penonton akan dibenarkan hadir di stadium bagi setiap perlawanan liga dan Piala Singapura, dengan penonton yang berusia 18 tahun dan ke atas harus divaksin sepenuhnya.



Tiket berharga $10 (dewasa) dan $5 (pemilik kad konsesi), tetapi kelab dibenarkan mengubah harga tiket, tertakluk kepada harga maksimum $15, kata FAS.



Semua perlawanan SPL akan ditayangkan secara langsung menerusi Singtel TV dan StarHub, serta menerusi live-stream di laman Facebook dan Youtube SPL.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >