Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA SINGAPURA (SPL)

Musim bersejarah berlabuh tirai

Juara S'pura pertama dalam hampir 10 tahun mungkin ditabal esok
spl
Oct 09, 2021 | 05:30 AM



MUSIM Liga Perdana Singapura (SPL) yang bersejarah di tengah-tengah pandemik Covid-19 ini berlabuh tirai esok, dengan Lion City Sailors berpeluang memahat nama dalam sejarah bola sepak tempatan.



Ia berpeluang menjadi pasukan tempatan pertama memenangi satu-satunya kejuaraan bola sepak profesional di sini sejak pasukan Warriors berbuat demikian pada 2014.



Sejak saat itu, kelab Singapura dilanda kemarau piala dan mahkota SPL dimenangi pasukan asing yang bermain di liga tempatan - Albirex Niigata dari Jepun memenanginya empat kali sementara Brunei DPMM dua kali.



Peminat berasa ghairah menjelang hari terakhir liga esok apabila Sailors dan Albirex memburu kemenangan dalam perlawanan masing-masing untuk merebut kejuaraan.



Kedua-dua kelab itu masing-masing mengumpul 45 mata setakat ini, tetapi Sailors mendahului Albirex di puncak liga menerusi kiraan perbezaan gol.



Sailors akan berdepan Balestier Khalsa di Stadium Jalan Besar esok dan mereka tahu kemenangan ke atas Balestier mencerah peluang mereka menjulang piala SPL buat kali pertama dalam hampir 20 tahun.



Kali terakhir mereka memenangi kejuaraan liga tempatan ialah pada 2003, semasa mereka masih bergelar Home United.



Penyerang utama Sailors, Stipe Plazibat, berkata beliau tidak sabar menanti perlawanan esok dan melihat reaksi positif peminat di stadium itu nanti.



"Saya berharap mereka dapat datang ke stadium esok. Ini akan memberikan semangat kepada pasukan dan kami berharap dapat meraikan secara besar-besaran untuk membalas balik sokongan mereka," kata Plazibat, yang menjaringkan 14 gol musim ini.



Seorang pemain Balestier yang ingin merosakkan rancangan Plazibat dan pasukannya ialah penyerang asal Croatia Sime Zuzul, yang menjadi pemain berbahaya di kotak penalti setelah menyumbang 15 gol bagi Balestier setakat ini.



Dalam pada itu, Albirex, yang dianggap mempunyai peluang berkurangan untuk menjulang trofi musim ini, berdepan Tanjong Pagar.



Mengikut kiraan matematik, mereka perlu menang dan menjaringkan lebih lima gol untuk mengatasi Sailors menerusi perbezaan gol, jika Sailors berjaya mengalahkan Balestier.



Anak didik Keiji Shigetomi ini akan cuba sedaya upaya untuk mengulangi prestasi cemerlang bulan lalu apabila mereka membelasah Geylang International 5-0 dan Balestier Khalsa 4-0 dalam dua minggu berturut-turut.



Tanjong Pagar akan turun padang esok tanpa penyerang utama Luiz Junior setelah beliau pulang ke Brazil untuk menyambut kelahiran anak perempuannya.



Dalam perlawanan lain, Tampines Rovers berdepan Geylang di Our Tampines Hub dalam pertempuran 'derby' timur. Kali terakhir dua pasukan ini bertemu Ogos lalu berakhir dengan Geylang menang 3-1.



Tampines berharap dapat mengakhiri musim ini dengan kemenangan setelah tandus kemenangan - meskipun kelab ini diberi peluang menyertai kempen Liga Juara-Juara Asia (ACL) yang berakhir Julai lalu. Anak didik Gavin Lee kalah dalam 13 perlawanan berturut-turut sejak Mei lalu.



Hougang United pula berdepan Young Lions di Stadium Hougang. Kelab digelar 'The Jaguars' itu akan cuba bangkit setelah ditewaskan Balestier 3-2 secara mengejut di Stadium Toa Payoh Rabu lalu. Pastinya, Tomoyoki Doi akan berusaha mengekalkan statusnya sebagai penjaring gol terbanyak - 19 - sejauh ini.



Anak didik Phillipe Aw juga tahu mereka perlu menunjukkan prestasi cemerlang untuk mengatasi Hougang, yang membolosi gol dalam 35 perlawanan SPL berturut-turut sebelum ini.




PERLAWANAN ESOK 



Ahad, 5.30 petang



- Lion City Sailors lwn Balestier Khalsa, Stadium Jalan Besar



- Tanjong Pagar United lwn Albirex Niigata, Stadium Jurong East



- Tampines Rovers lwn Geylang International, Our Tampines Hub



- Hougang United lwn Young Lions, Stadium Hougang



* Siaran langsung perlawanan antara Lion City Sailors dan Balestier serta perlawanan antara Tanjong Pagar dan Albirex Niigata distrim di YouTube dan Facebook Liga Perdana Singapura serta di SingTel TV Saluran 111 dan 113.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >