Musim besbol Taiwan dimula meski acara sukan sejagat dibatal, Berita Sukan - BeritaHarian.sg
Subuh
5:32
Syuruk
6:56
Zuhur
12:58
Asar
4:22
Maghrib
6:59
Isyak
8:13
Suatu Ketika di Singapura
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Sukan3

COVID-19 & SUKAN

Musim besbol Taiwan dimula meski acara sukan sejagat dibatal

Apr 14, 2020 | 05:30 AM

TAICHUNG: Taiwan memulakan musim baru besbol kelmarin - dengan satu pasukan merancang meletakkan patung robot di tempat duduk penonton yang kosong - sedang pulau itu dihimpit trend sejagat membatalkan acara sukan semasa koronavirus.

Meskipun terletak dekat dan mempunyai hubungan dagang dengan China, Taiwan sejauh ini berjaya mengawasi pandemik yang menjejas kebanyakan negara di dunia.

Ia dengan serta-merta memerintahkan larangan perjalanan selepas virus itu dimaklumkan kepada awam dan menguatkuasakan ujian, pengesanan kontak dan kuarantin secara komprehensif.

Dalam sekitar 100 hari menangani krisis ini, ia mempunyai kurang daripada 400 kes sah jangkitan Covid-19 dan hanya enam kematian dengan sekolah, pejabat dan restoran kebanyakannya ditutup.

Perhimpunan besar-besaran seperti pesta agama telah dibatalkan.

Namun, kelmarin, musim besbol ke-31 pulau itu dilangsungkan dengan Chinatrust Brothers berdepan Uni-President 7-Eleven Lions di Taichung.

Perlawanan dimainkan di stadium kosong tanpa penonton.

Tetapi, pemain tetap melakukan perjalanan di seluruh pulau bagi perlawanan yang akan disiarkan secara langsung.

Pada Sabtu lalu, Rakuten Monkeys melancarkan patung robotik dan penyokong dibuat daripada kadbod memakai warna dan topi pasukan tuan rumah di stadium mereka di daerah utara Taoyuan.

Ada beberapa robot yang bermain dram dari tempat duduk kosong.

Pengganti mekanikal ini telah bersedia untuk melaung sorakan kepada Rakuten, dalam perlawanan yang sepatutnya membuka musim menentang Chinatrust Brothers pada Sabtu lalu, tetapi hujan lebat memaksa perlawanan itu dibatalkan.

Besbol adalah sukan paling popular di Taiwan dengan kira-kira 240 perlawanan dijadualkan bagi musim ini.

"Kami merupakan liga besbol profesional pertama di dunia untuk mula beraksi semasa pandemik ini," kata liga itu dalam satu kenyataan.

"Kami mengalu-alukan semua orang untuk mengikuti musim baru 2020 dan berehat dari kehidupan tegang mereka akibat wabak ini."

Tidak seperti negara lain, liga bola keranjang dan bola sepak Taiwan juga diteruskan tanpa penonton.

Beberapa penyokong menyuarakan kebimbangan mengenai keselamatan mereka di padang.

"Bagaimana pemain amalkan jarak selamat? Apa boleh kita lakukan sekiranya kelompok jangkitan terbentuk? Tolong hentikan lawak ini," tulis satu pos di laman Facebook liga besbol itu.

"Kenapa mereka masih adakan perlawanan tanpa penonton? Liga Besbol Utama Amerika Syarikat dan Sukan Olimpik sudah pun ditunda," kata seorang lagi.

Sesetengah yang lain gembira perlawanan dapat diteruskan meski di stadium kosong.

"Ia bagus sebab kami ada perlawanan besbol untuk tonton," tulis satu komen media sosial.

"Kita mungkin boleh menetapkan duluan bagi liga besbol profesional luar negara," kata seorang lagi. - Agensi berita.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map