Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PREVIU KUMPULAN F: JERMAN LAWAN SWEDEN

Mustahil Jerman tersingkir awal? Fikir lagi...

Jun 23, 2018 | 05:30 AM



SOCHI (Russia): Melihat Jerman tersingkir awal daripada Piala Dunia ini mungkin sesuatu yang tidak terlintas dalam fikiran tetapi itulah realiti pahit yang menanti juara bertahan itu jika gagal bangkit apabila turun menentang Sweden di Stadium Olimpik Fisht di Sochi awal pagi esok (2 pagi esok waktu Singapura).



Jerman membuka tirai kejohanan dengan mengecewakan apabila kalah mengejut 0-1 kepada Mexico hasil gol jaringan Hirving Lozano pada Ahad lalu manakala Sweden mengorak langkah positif dengan kemenangan 1-0 ke atas wakil Asia, Korea Selatan.



Juara bertahan bergelar 'Die Mannschaft' itu tidak mampu tersandung lagi jika mahu mengorak langkah jauh dalam usaha mempertahankan kejuaraan yang dimenangi mereka itu empat tahun lalu.



Malah, pasukan pimpinan Joachim Loew, sedar 'ancaman' yang bakal dihadapi mereka nanti - pemain berbakat penuh kreatif Sweden, Emil Forsberg, yang menjadi tunggak pasukan pimpinan Janne Andersson.



"Saya memang meminati Emil Forsberg... beliau pemain yang hebat sekali," akur tunggak pertahanan Jerman, Mats Hummels, semasa bercakap di sidang media kelmarin.



Menyarungi jersi Bayern Munich, Hummels dan rakan sepasukannya dalam skuad Jerman memang mengenali keupayaan yang dimiliki Forsberg yang tiba ke Russia selepas menunjukkan prestasi cemerlang sejak dua musim lalu bermain dalamBundesliga bersama kelab RB Leipzig.



Jika Mexico menewaskan Korea dalam perlawanan awal, Sweden hanya memerlukan seri untuk meletakkan nasib pasukan pimpinan Loew dalam Kumpulan F ini di hujung tanduk - dengan pasukan dari Scandavania itu hanya perlu seri dalam perlawanan terakhir menentang Mexico bagi kededuanya melayakkan diri ke pusingan kalah mati.



Loew akur cabaran besar yang menanti pasukannya - lebih membimbangkan tentu sekali melihat bagaimana bek tengah pasukan kerap dibolosi barisan serangan Mexico pada Ahad lalu selain Joshua Kimmich gagal mengekalkan posisinya di bek kanan pasukan.



Forsberg, yang turut dikaitkan dengan pemindahan lumayan ke Liga Perdana baru-baru ini, gagal menyerlah semasa menentang Korea pada Isnin lalu dengan gol penalti kemenangan pasukan itu dijaringkan oleh kapten pasukan Sweden, Andreas Granqvist.



Ini mungkin meningkatkan lagi azamnya apabila turun menentang Jerman nanti, apatah Forsberg kini dianggap 'budak poster' bola sepak Sweden menyusuli keputusan Zlatan Ibrahimovic mengundurkan diri daripada pasukan negaranya.



"Kami tidak bermain seperti permainan yang ditunjukkan Mexico... kami berlainan daripada pemain-pemain Mexico," ujar pula Granqvist apabila ditanya mengenai pertemuan dengan Jerman itu.



"Kami perlu mengekalkan permainan yang kompak setiap kali mendapat bola... mengaturkan taktik menyerang, mencipta peluang dan menguasai bola sebanyak mungkin," tambahnya.



Dengan Sweden turut menampilkan pemain bek tengah Werder Bremen Ludwig Augustinsson, bintang midfield Hamburg Albin Ekdal serta bekas penyerang Hamburg juga, Marcus Berg, mereka dijangka mengenali benar gaya permainan barisan pemain Jerman dalam usaha mencatatkan satu lagi kejutan di Piala Dunia ini. - AFP, Reuters.




''Kami tidak bermain seperti permainan yang ditunjukkan Mexico... kami berlainan daripada pemain-pemain Mexico. Kami perlu mengekalkan permainan yang kompak setiap kali mendapat bola... mengaturkan taktik menyerang, mencipta peluang dan menguasai bola sebanyak mungkin.''
- Kapten pasukan Sweden, Andreas Granqvist, apabila ditanya mengenai pertemuan dengan Jerman itu.




Ramalan BH:

Jerman 0

Sweden 1




JADUAL



Belgium lwn Tunisia

Singtel Sal 141 & StarHub Sal 222,

8 malam ini



Korea Selatan lwn Mexico

Singtel Sal 141 & StarHub Sal 222,

11 malam ini



Jerman lwn Sweden

Singtel Sal 141 & StarHub Sal 222,

2 pagi esok




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >