Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

Musuh ketat berentap

Man U mahu ranapkan harapan Liverpool ke Liga Juara-Juara
May 02, 2021 | 05:30 AM



MANCHESTER: Pengurus Manchester United Ole Gunnar Solskjaer dan pasukannya kini berada di kedudukan selesa di tangga kedua Liga Perdana England (EPL) dengan tempat di Liga Juara-Juara Eropah musim depan terjamin.



Ia juga tidak lagi berdaya hendak melanjutkan penantian seteru sekota Manchester City untuk merangkul trofi liga, selepas diikat 0-0 oleh Leeds minggu lalu.



Jika United tewas kepada Liverpool, City hanya perlu menang perlawanan dengan Crystal Palace pada hujung minggu ini untuk menjulang trofi.



Namun, tradisi dan peluang meranapkan harapan juara bertahan Liverpool melangkah ke Liga Juara-Juara musim depan adalah dorongan yang lebih daripada memadai untuk Manchester United terus berjuang dan menewaskan Liverpool malam ini.



Liverpool, yang telah seri dua perlawanan berturut-turut dan tercicir empat mata sebelum ini, kini menduduki tangga keenam selepas 33 perlawanan, empat mata di belakang Chelsea di tangga keempat dan tempat kelayakan Liga Juara-Juara terakhir.



Keputusan seri terakhir - 1-1 dengan Newcastle pada hujung minggu lalu - mengecewakan dan mendorong Klopp untuk mendakwa pemain-pemainnya kurang layak untuk beraksi di liga elit itu.



Meskipun Liverpool mendahului perlawanan seawal minit ketiga, ia terkial-kial untuk menjaringkan gol kedua dan akhirnya terpaksa berpuas hati dengan satu mata apabila Newcastle menjaringkan gol penyamaan pada masa kecederaan.



Selepas perlawanan itu, Pengurus Liverpool Juergen Klopp berkata cara pasukannya beraksi bukan mirip pasukan yang ingin melayakkan diri ke Liga Juara-Juara.



"Jika anda layak (ke Liga Juara-Juara), anda layak ke Liga Juara-Juara," kata Klopp.



"Namun pada hari ini, kita tidak beraksi seperti pasukan yang layak beraksi dalam Liga Juara-Juara pada tahun depan.



"Kita ada lagi lima perlawanan dan hanya masa akan menentukan sama ada kita layak ke Liga Juara-Juara.



"Jika kita tidak belajar daripada pengalaman, kita tidak akan ke Liga Juara-Juara tahun depan. Itu kesimpulannya dan ia semudah itu."



Bersependapat dengan Klopp, Solskjaer baru-baru ini juga berkata beliau hanya ingin pasukannya beraksi di Liga Juara-Juara jika ia melayakkan diri secara sah.



"Jika tidak, nilai kita beraksi di liga itu adalah berkurangan," kata beliau.



"Kami mahu menang setiap perlawanan, dan kami anggap perlawanan dengan Liverpool ini begitu juga, meskipun ada banyak sejarah dengan mereka," ujar Solskajer lagi.



Menjelang perlawanan dengan Liverpool malam ini, kedudukan United bagi kelayakan ke Liga Juara-Juara adalah terjamin.



Ia telah mengutip 67 mata daripada 33 perlawanan dan mempunyai kelebihan lapan mata ke atas pencabar terdekat - Leicester City - di tangga ketiga.



Satu mata di belakang Leicester pula adalah Chelsea dengan 58 mata.



Hanya dua mata membezakan tiga pasukan selepas itu - West Ham, Liverpool dan Tottenham Hotspur, dengan setiap pasukan mempunyai peluang serupa untuk melayakkan diri ke Liga Juara-Juara.



Berdasarkan form, Liverpool yang telah mengelak tewas dalam lima perlawanan liga terakhir mungkin berada pada kedudukan terbaik untuk melayakkan diri.



Spurs telah tewas satu daripada lima perlawanan terakhir, sementara West Ham telah tewas dua perlawanan.



Namun, beberapa pemerhati bola sepak berkata keputusan perlawanan malam ini bak dalam tangan United.



United telah menunjukkan form lebih baik sejak awal tahun dan Liverpool masih bergelut menjaringkan gol.



Malah, gol yang dijaringkan oleh Sadio Mane semasa Liverpool diikat 1-1 oleh Leeds adalah yang pertama dijaringkannya secara 'open play' (bukan dari penalti, tendangan percuma atau tendangan sudut) pada tahun ini.



Pada masa yang sama, 'form' mungkin kurang tepat untuk menilai peluang kededua pasukan untuk menang dalam pertaruhan yang melibatkan United dan Liverpool.



Jangkakan perlawanan hebat penuh aksi,apabila Liverpool mengasak kubu United untuk membuktikan kepada Klopp mereka layak ke Liga Juara-Juara musim depan.



Dan tiada motivasi lebih baik bagi United pada ketika ini, selain menghancurkan harapan Liverpool mara ke pertandingan itu.




MAHU LAYAK KE LIGA JUARA-JUARA SECARA ‘SAH’



Jika anda layak (ke Liga Juara-Juara), anda layak ke Liga Juara-Juara."

Namun pada hari ini, kita tidak beraksi seperti pasukan yang layak beraksi dalam Liga Juara-Juara pada tahun depan.

Kita ada lagi lima perlawanan dan hanya masa akan menentukan sama ada kita layak ke Liga Juara-Juara.

Jika kita tidak belajar daripada pengalaman, kita tidak akan ke Liga Juara-Juara tahun depan. Itu kesimpulannya dan ia semudah itu.

​- Pengurus Liverpool Juergen Klopp



Jika tidak, nilai kita beraksi di liga itu adalah berkurangan."

Kami mahu menang setiap perlawanan, dan kami anggap perlawanan dengan Liverpool begitu juga, meskipun ada banyak sejarah dengan mereka.

- Pengurus Manchester United Ole Gunnar Solskjaer




IMBAS BALIK PERSAINGAN



17 JANUARI 2021



Liverpool 0



Manchester United 0



19 JANUARI 2020



Liverpool 2



Manchester United 0



20 OKTOBER 2019



Manchester United 1



Liverpool 1



24 FEBRUARI 2019



Manchester United 0



Liverpool 0



16 DISEMBER 2018



Liverpool 3



Manchester United 1



10 MAC 2018



Manchester United 2



Liverpool 1




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >