Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Musuh ketat S’pura, M’sia berentap dalam kumpulan sama

Aug 30, 2022 | 06:14 PM



PENYOKONG bola sepak setempat boleh menjangkakan pertemuan hebat antara dua musuh tradisi selepas Singapura dengan Malaysia ditempatkan dalam kumpulan yang sama bagi Kejohanan Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) tahun ini.


Dua pasukan bola sepak dari negara berjiran itu telah ditempatkan dalam Kumpulan B, di acara undian yang diadakan di Bangkok, Thailand pada Selasa (30 Ogos).


Kumpulan itu juga termasuk Vietnam, yang dianggap antara pilihan utama untuk menjulang trofi, dan dua lagi negara, Myanmar dan Laos.


Dalam perlawanan terakhir antara Singapura dengan Malaysia, Singapura muncul pemenang selepas Ikhsan Fandi menjaringkan kededua gol bagi pasukan nasional yang menang 2-1 di Stadium Negara.


Juara bertahan, Thailand, naib juara, Indonesia, dan Filipina serta Kemboja ditempatkan dalam Kumpulan A.

Pemenang perlawanan ‘play-off’ antara Brunei dengan Timor-Leste akan menyertai kumpulan ini.


Penaja utama pertandingan kali ini telah bertukar tangan daripada Suzuki kepada Mitsubishi Electric. 


Jadual bagi pertandingan tahun ini, yang dijadual berlangsung pada Disember ini akan diumumkan tidak lama lagi.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >