Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

TENIS: TERBUKA PERANCIS

Nadal mara ke suku akhir... berpeluang jadi juara ke -14

Jun 09, 2021 | 05:30 AM



PARIS: Rafael Nadal mara ke suku akhir Terbuka Perancis buat kali ke-15 untuk berada di landasan memburu gelaran ke-14 dan rekod 21 Grand Slam.



Pilihan ketiga, Nadal menundukkan pemain berusia 19 tahun dari Itali, Jannik Sinner, 7-5, 6-3, 6-0 dan akan berdepan pilihan ke-10 Diego Schwartzman dari Argentina yang ditewaskannya pada separuh akhir tahun lalu.



Nadal kini sudah menang 104 perlawanan di Roland Garros dengan hanya dua kekalahan sejak penampilan pertama pada 2005.



Kemenangan tersebut melebarkan rekod berturut-turut miliknya kepada 35.



"Saya berdepan dengan pemain yang cukup baik dan mempunyai masa depan yang cerah dan saya cukup gembira dengan kemenangan ini," kata Nadal.



"Saya bermula dengan baik tetapi agak terlalu bertahan. Saya memberikannya peluang untuk masuk ke depan gelanggang dan bermain pukulan terbaiknya. Ini terus mengubah persaingan itu," kata Nadal.



Walaupun perlawanan berlangsung ketika ada cahaya matahari dan cuaca sekitar 25 darjah, Nadal tidak pasti mengapa lampu dalam Court Philippe Chatrier dihidupkan.



"Saya tidak tahu kenapa mereka menghidupakn lampu seawal itu. Kami bermain tanpa lampu di sini, di Roland Garros untuk sekian lama," kata Nadal.



"Pada jam empat atau lima petang kami bermain tenis hingga sembilan malam tanpa lampu.



"Mereka kata sebab TV. Tapi jawapan saya ialah kami juga ada TV sebelum lampu dihidupkan sekarang. Saya lihat banyak perlawanan di sini dan daripada TV kualiti imej hebat tanpa lampu."



Pemain nombor tiga dunia berusia 35 tahun dari Sepanyol itu dijangka berdepan dengan Novak Djokovic di separuh akhir.



Pemain nombor satu dunia, Djokovic menewaskan rakan senegara Sinner, Lorenzo Musetti ,yang menamatkan saingan pada set kelima, mengejutkan pemain Serbia itu dengan menang dua set pertama. -AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >