SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Nadal, Osaka menang anugerah Laureus

Nadal, Osaka menang anugerah Laureus

May 8, 2021 | 5:30 AM

Nadal, Osaka menang anugerah Laureus

PENCAPAIAN Naomi Osaka yang cemerlang diiktiraf semasa Anugerah Sukan Dunia Laureus 2021.

Atlit 23 tahun itu ditabal Ahli Sukan Wanita Terbaik Laureus bagi tahun 2021 selepas bergelar juara buat kali kedua semasa Terbuka Amerika Syarikat, namun anugerah itu bukan sahaja mengiktiraf pencapaiannya dalam sukan.

Dalam perjalanannya ke arah kejayaan Grand Slam di Flushing Meadows dan di tengah-tengah kempen Black Lives Matter (Nyawa Kulit Hitam Penting), Osaka telah memakai pelitup muka berbeza bagi setiap perlawanan, dan setiap satu memaparkan nama individu berkulit hitam yang didakwa menjadi mangsa keganasan polis di Amerika Syarikat. Selepas melihat begitu ramai idolanya yang menerima anugerah itu, Osaka berkata pengiktirafan tersebut begitu bermakna untuk beliau.

"Tentang aktivisme saya di padang, saya rasa amat penting untuk menggunakan suara saya, kerana biasanya saya begitu bimbang tentang bagaimana orang akan lihat saya, tapi sebenarnya jika anda mempunyai wadah memang penting untuk menggunakannya," jelasnya.

"Memandang ke hadapan, antara harapan saya untuk masa depan adalah untuk membantu atau meninggalkan kesan baik terhadap seramai mungkin dan untuk menjadi individu yang lebih baik."

Acara yang biasanya penuh glamor yang digelar 'Oscar Sukan' itu diadakan dalam talian tahun ini disebabkan pandemik koronavirus.

Anugerah itu memaparkan "kisah-kisah penuh inspirasi tentang orang ramai yang bekerja keras dalam menghadapi pandemik, dan menekankan pentingnya ahli sukan yang memanfaatkan kedudukan dan pengaruh mereka untuk meninggalkan kesan yang kuat terhadap isu dan konflik di luar dunia sukan," menurut kenyataan Laureus.

Selain Osaka, antara ahli sukan popular lain yang menggunakan wadah mereka untuk menyentuh tentang ketidakadilan sosial dan bangsa adalah bintang Formula One, Lewis Hamilton.

Beliau telah bersuara menentang keganasan polis dan ketidakadilan sosial selepas kematian George Floyd di Minneapolis.

Pemandu Mercedes itu telah mengenakan topi keledar Black Lives Matter dengan suit lumba berwarna hitam. Keretanya juga dicat hitam untuk menunjukkan komitmen pasukan itu terhadap kepelbagaian. - Agensi berita.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg