Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Naib presiden SNOC meninggal dunia

Mar 11, 2021 | 05:30 AM



NAIB presiden Majlis Olimpik Kebangsaan Singapura (SNOC) dan pentadbir sukan mapan, Milan Kwee, meninggal dunia pada Selasa lalu.



Beliau berusia 74 tahun.



Mendiang Kwee, yang dilantik sebagai salah seorang naib presiden SNOC pada 2018 juga berkhidmat sebagai presiden Persekutuan Taekwondo Singapura dari 2004 hingga 2018.



Sebelum dilantik sebagai naib presiden SNOC, Encik Kwee menjadi ahli jawatankuasa eksekutif SNOC sebagai wakil Persatuan Sukan Nasional (NSA), jawatan yang disandangnya sejak Jun 2012.



Beliau juga memimpin rombongan Singapura sebagai 'chef de mission' ke Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur, di mana Singapura memenangi 58 pingat emas - satu rekod.



Encik Kwee ialah sebahagian pasukan nasional taewondo yang bersaing di Kejohanan Dunia pertama pada 1973.



Semasa berkecimpung sebagai atlet nasional, Encik Kwee memenangi beberapa kejuaraan nasional, termasuk pingat emas dan perak di Kejohanan Taekwondo Asia pertama dan kedua pada lewat tahun 1960-an.



Presiden SNOC dan Speaker Parliment Tan Chuan-Jin, antara mereka yang memberi ucap takziah dan mengenang jasa Kwee kepada sukan negara.



Encik Tan berkata: "Kita telah kehilangan ahli sukan, seorang rakan dan rakan kerja yang hebat."



Seorang lagi naib presiden SNOC, Cik Jessie Phua, yang juga presiden Persekutuan Boling Singapura berkata:



"Milan ialah rakan yang baik, terutama dengan suami saya Jimmy. Mereka sama-sama berkecimpung dalam taekwondo dan menjalin perersahabatan selama lebih 50 tahun.



"Bidang sukan telah kehilangan seorang penyokong yang kuat dan komited. Beliau seorang yang mesra dan suka membantu. Rakan kerja di bidang sukan dan saya sendiri telah kehilangan seorang rakan kongsi yang baik. Bagi pihak semua NSA, saya mengucapkan takziah kepada keluarga Kwee."



Naib presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), Encik Ng Ser Miang, berkongsi kenangan peribadi bersama Encik Kwee, yang dianggapnya sebagai orang yang memperkenalkannya kepada kegiatan menyelam dan menunjukkannya keindahan lautan.



Sebuah persatuan antarabangsa, Kesatuan Taekwondo Eropah, menulis di Facebook:



"Presiden (Sakis) Pragalos, Majlis dan seluruh keluarga Taekwondo Eropah mengucapkan takziah dan agar tabah kepada keluarga Kwee dalam masa sukar ini. Kenangan bersama Milan Kwee akan kekal dalam ingatan kami."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >