Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Nakamura mahu sarung jersi skuad Singa

Jan 21, 2022 | 05:30 AM



PEMAIN asal Jepun, Kyoga Nakamura, berharap dapat menyarungi jersi skuad nasional bola sepak Singapura pada masa akan datang.



Ini selepas beliau menandatangani kontrak lima tahun dengan kelab Liga Perdana Singapura (SPL), Tampines Rovers, baru-baru ini, menyusuli keputusannya membuat permohonan untuk menjadi penduduk tetap di sini.



Kontrak tersebut - yang paling panjang diberikan kepada pemain setempat - akan menyaksikan Kyoga bersama Tampines Rovers hingga Disember 2026.



Ini bermakna beliau boleh terus kekal di sini dan memenuhi syarat yang ditetapkan Fifa untuk beraksi bagi negara bukan kelahiran.



Nakamura berkata: "Saya mahu tinggal di Singapura kerana saya sukakan negara ini... saya juga selesa bersama Tampines Rovers.



"Ini ibarat rumah kedua saya dan saya mahu berkembang bersama bola sepak Singapura. Saya ingin menjadi warga Singapura kerana saya sayang sekali dengan negara ini."



Apabila ditanya keinginan beliau untuk bermain bersama skuad Singa, Nakamura berkata:



"Ya, saya ingin mewakili pasukan nasional Singapura jika saya mendapat kerakyatan Singapura satu hari nanti. Bagaimanapun, ini bergantung kepada ketua jurulatih pada masa itu dan ia bergantung kepada kemampuan saya untuk bersaing merebut tempat.



"Jika saya dipilih untuk pasukan negara, saya berharap dapat membawa sikap dan kemahiran saya untuk membantu mencapai cita-cita mereka".



Nakamura pertama kali beraksi di liga setempat pada 2019 apabila beliau menyarungi jersi Albirex Niigata.



Nakamura dianggap pemerhati bola sepak setempat sebagai antara pemain paling berkeupayaan teknikal dalam SPL.



Beliau dinamakan di dalam Pasukan Pilihan bagi dua musim berturut-turut bermula 2019.



Nakamura juga telah dipuji sebagai pemain contoh kerana bersikap amat profesional oleh jurulatihnya di Tampines, Gavin Lee.



"Kami berharap untuk mempunyai lebih ramai individu yang berfikiran sama untuk membantu kami mencapai budaya berprestasi tinggi yang kami inginkan," kata Lee.



Ketika ditanya mengenai prospek Nakamura menyertai skuad Singa apabila beliau layak nanti, jurucakap Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) berkata kontrak jangka panjang adalah petanda positif bahawa pemain yang beraksi dalam liga yakin pada kestabilan kededua kelab dan liga.



Walaupun masih ada kira-kira dua tahun lagi sebelum beliau layak mewakili Singapura, Nakamura bertekad mahu membantu Tampines mencapai kejayaan dalam masa terdekat.



Kelab bergelar The Stags itu menjulang Piala Singapura pada 2019 tetapi telah lama tidak memenangi liga.



Kali terakhir ia berbuat demikian ialah pada 2013.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >