Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

Nasib malang ‘The Special One’ di EPL berterusan

Apr 21, 2021 | 05:30 AM



LONDON: Keputusan Tottenham Hotspur memecat Jose Mourinho amat mengejutkan... hanya beberapa hari sebelum Spurs bertarung dalam final Piala Liga dengan Manchester City (Sabtu ini).



Lebih-lebih lagi sedang kelab itu teruk dikecam kerana menjadi antara anggota pengasas Liga Super Eropah baru yang diusul pada hari yang sama.



Ini adalah kali ketiga Mourinho dipecat oleh kelab EPL. Sebelum ini 'The Special One' disingkir di Chelsea (tempoh kedua bersama Chelsea), Manchester United dan kini Spurs.



Namun ia tidak mengejutkan apabila melihat pencapaian Spurs sejak Mourinho menyertai kelab itu 17 bulan lalu.



Mourinho dibawa ke Spurs untuk memenangi trofi.



Sesungguhnya, langkah ini adalah suatu yang berani kerana Mourinho telah memimpin Spurs ke Wembley, di mana ia boleh memenangi piala utama pertama sejak 2008.



Namun yang pasti Mourinho meninggalkan Spurs tanpa sebarang trofi.



Di bawah kepimpinan pemilik David Levy, beliau telah menunjukkan beliau tidak bersikap romantis dan berani membuat keputusan yang mungkin kurang popular.



Penyokong Spurs tidak akan lupa bagaimana Levy memecat Mouricio Pochettino pada November 2019, hanya enam bulan selepas beliau membawa kelab itu ke final Liga Juara-Juara Eropah, di mana ia tewas 0-2 kepada Liverpool.



Pemergian Pochettino pada ketika itu tidak disambut begitu baik oleh peminat Spurs, meskipun pada ketika itu, Spurs telah jatuh ke tangga ke-14 liga.



Namun pemergian Mourinho kali ini mungkin lebih mudah diterima.



Peminat Spurs terpaksa 'patuh' dan menerima 'The Special One' semasa beliau dipilih sebagai pengganti Pochettino berdasarkan rekod kejayaannya di kelab-kelab lain seperti Porto, Chelsea - dua tempoh berasingan - Inter Milan, Real Madrid dan Manchester United.



Beliau dianggap gagal ketika meninggalkan Old Trafford tetapi beliau masih memenangi Piala Liga dan Liga Europa dalam musim pertama di sana.



Namun, kepimpinan Mourinho di Old Trafford berakhir lebih kepada hakikat beliau telah hilang keyakinan pemain dan pemilik, yang mencapai kemuncaknya apabila ia tewas 1-3 kepada seteru paling besar Liverpool pada Disember 2018.



Bagaimanapun Spurs memilih untuk menaruh keyakinan dan harapan terhadap Mourinho, dengan kepercayaan bahawa beliau boleh membawa trofi ke kelab itu.



Namun harapan itu tidak menjadi realiti, dengan Levy berkata kededua kelab dan Mourinho berpisah kerana 'keadaan tidak berlaku sebagaimana yang telah diharapkan'.



Mourinho kini beredar, meninggalkan kelab tanpa menjalin hubungan bermakna dengan penyokongnya, yang sebahagiannya masih setia pada Pochettino.



Di bawah Mourinho musim ini, Spurs menunjukkan potensi menjadi pasukan hebat, apabila ia mendahului Liga Perdana England (EPL) seawal November selepas menewaskan Manchester City 2-0.



Dalam perlawanan itu, kebijaksanaan Mourinho mengatur strategi dan keberaniannya mengambil risiko menyerlah dan memberi keyakinan kepada pemain-pemainnya.



Namun Spurs gagal mengulangi secara konsisten persembahan sedemikian dan kini terkandas di tangga pertengahan liga.



Jika diimbas semula, pencapaian Mourinho di Spurs selepas 17 bulan hanya sedikit sahaja.



Meskipun beliau membawa mereka mendaki ke tangga keenam pada musim pertama, Spurs gagal melayakkan diri ke Liga Juara-Juara.



Ini diikuti dengan kekalahan agregat 0-4 kepada RB Leipzig yang membuatnya tersingkir daripada pertandingan musim ini.



Ia juga tersingkir daripada Piala FA dan Liga Europa selepas ditewaskan 4-5 oleh Everton dan 0-3 oleh Dinamo Zagreb.



Kegagalannya di Spurs ini mungkin menutup pintu baginya untuk meneruskan kerjaya di peringkat kelab, mungkin juga di kelab-kelab lain di Eropah.



Namun, kaliber Mourinho terbukti dan ada pihak yang masih yakin dengan keupayaannya, termasuk pentadbir pasukan bola sepak nasional di Portugal.



Mungkin, pintu bola sepak kelab yang tertutup bagi Mourinho akan membuka peluang dan cabaran baru bagi Mourinho di arena antarabangsa. - Agensi berita.




TIGA KALI DIPECAT



Chelsea 2013 - 2015 (Tempoh kedua bersama Chelsea)



Manchester United 2016 -2018



Tottenham Hotspur 2019 - 2021




REKOD MOURINHO SEBAGAI PENGURUS



Benfica ( September - Disember 2000)



Tak ada piala



Uniao De Leiria (Julai 2001- Januari 2002)



Tiada piala



Porto (Januari 2002 - Mei 2004)



Piala: Piala Primeira Liga, Piala Portugal, Piala Uefa. Piala Juara-Juara Eropah



Chelsea (Jun 2004 - September 2007)



Piala: Liga Perdana (dua kali)



Piala Liga, Piala FA



Inter Milan (Jun 2008 - Mei 2010)



Piala: Juara Serie A (2 kali)



Piala Italy, Piala Juara-Juara Eropah



Real Madrid (Mei 2010 - Jun 2013)



Piala: Piala La Liga



Piala Copa del Rey



Chelsea (Tempoh kedua: Jun 2013 - Disember 2015)



Piala: Liga Perdana



Piala Liga



Manchester United ( Mei 2016 - Disember 2018)



Piala: Piala Liga



Piala Liga Europa



Tottenham Hotspur ( November 2019 - April 2021)



Tiada piala




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >