Subuh
5:36
Syuruk
6:53
Zuhur
12:57
Asar
4:02
Maghrib
6:59
Isyak
8:08
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Sukan
30
0

Nasri Haron presiden baru Perses

Halim Kadir tewas 12-9 dalam undian bagi jawatan presiden di AGM Perses
Nov 15, 2019 | 10:07 PM

Persekutuan Sepak Takraw Singapura (PERSES) kini di bawah kepimpinan baru, selepas  Encik Mohd Nasri Haron dipilih sebagai presiden dalam mesyuarat tahunan agung (AGM) badan tersebut malam ini (15 November).

Encik Nasri, 60 tahun, akan mengambil alih jawatan daripada bekas presiden Encik Abdul Halim Kadir selepas mendapat 12 undi. Encik Halim, 68 tahun yang telah memimpin Perses sebagai presiden sejak Jun 2000, menerima sembilan undi.

Encik Nasri, yang menurut laman web Perses menyandang jawatan timbalan presiden bagi tempoh 2017 hingga 2020,  dijangka menerajui badan sukan tersebut selama tempoh tiga tahun bermula 2020.

Sewaktu dihubungi akhbar ini, beliau berkata: 

“Saya berazam untuk membawa pembaharuan dalam badan ini dan memakmurkan sukan sepak takraw seperti zaman kegemilangannya.”

Keputusan itu turut disahkan oleh seorang anggota Perses yang menghadiri AGM  itu.

Beliau, yang meminta namanya tidak disiarkan berkata keputusan itu diterima semua pihak dengan tenang dan fraterniti sepak takraw setempat ingin bekerjasama memajukan sukan itu.

Usaha akhbar ini untuk menghubungi Encik Halim tidak berhasil. 

 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3