Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

New Zealand atasi Australia untuk ditabal juara dunia ragbi buat kali ketiga

Nov 01, 2015 | 07:24 AM



LONDON: New Zealand membuktikan reputasi mereka sebagai pasukan terhebat dalam sejarah ragbi selepas kejayaan cemerlang 34-17 ke atas Australia di Twickenham, England, untuk ditabal sebagai juara dunia buat kali ketiga awal pagi tadi (1 November).


Pasukan bergelar 'The All Blacks' itu juga merupakan negara pertama yang berjaya mempertahankan mahkota dunia yang dimenangi di negara sendiri empat tahun lalu.


Trai-trai daripada Nehe Milner-Skudder dan Ma'a Nonu meletakkan New Zealand dalam kedudukan selesa 21-3 pada awal separuh masa kedua final Piala Dunia itu tetapi kehilangan Ben Smith yang ditunjukkan kad kuning membuka pintu kepada 'The Wallabies' untuk bangkit.


Australia meningkatkan tekanan dengan mencatatkan dua trai melalui David Pocock dan Tuvita Kuridrani untuk berada hanya empat mata di belakang musuh tradisinya tetapi bintang 'flyhalf' New Zealand, Dan Carter, yang terlepas sebahagian besar kejohanan 2011 kerana kecederaan dan bakal mengundurkan diri selepas kejohanan ini, tampil dengan satu 'drop goal' yang cantik di samping menyempurnakan penalti daripada jarak 50 meter untuk memastikan kejuaraan menjadi milik 'The All Blacks'.


Kemenangan terbaru ini meneruskan rekod cemerlang New Zealand dalam ragbi dunia - yang hanya kalah tiga kali dalam 54 pertarungan sejak muncul juara dunia empat tahun lalu. Mereka juga berjaya memenangi semua perlawanan di Piala Dunia sejak tewas kepada Perancis di suku akhir pada 2007.


"Saya bangga dengan pasukan ini. Kejayaan memenangi dua (Piala Dunia) berturut-turut adalah seperti mimpi menjadi nyata... (Pemain) pasukan ini memang handal-handal belaka.


"Kami cuba melakukan perkara yang tidak pernah dicapai pasukan-pasukan lain... perasaannya begitu istimewa sekali dapat menjadi sebahagian daripada pasukan yang hebat ini," ujar Carter yang dipilih Pemain Terbaik di final ini.


Kejayaan ini juga adalah trofi Piala Dunia pertama New Zealand di kejohanan yang berlangsung di luar negara mereka. Dua kejuaraan lalu mereka dicapai semasa menjadi hos pertandingan elit ini. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >