Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

Newcastle bukti mampu saing dengan juara EPL

Guardiola puji persembahan cemerlang kelab lawan selepas pasukannya bangkit dari ketinggalan 1-3 untuk elak daripada ditimpa kekalahan pertama musim baru ini
Aug 23, 2022 | 05:30 AM



LONDON: Newcastle mungkin memerlukan lebih banyak masa untuk mempertingkat keupayaan dan bersaing dengan juara bertahan, Manchester City, secara konsisten, tetapi kelab jersi jalur hitam putih itu menunjukkan potensinya selepas mengikat City 3-3 dalam perlawanan Liga Perdana England (EPL) di padang sendiri semalam.



Malah, pemain-pemainnya mungkin berasa kecewa kerana gagal mempertahankan kelebihan dua gol yang diraih pada awal separuh masa kedua, yang akhirnya kembali setara selepas City menunjukkan 'kelas' untuk menjaringkan dua gol dalam tempoh kurang lima minit.



Cara permainan Newcastle yang berani dan tidak segan untuk menyerang kubu pertahanan City dalam pertarungan itu mendorong pengurus City, Pep Guardiola, melontar kata-kata pujian kepada rakan sejawatan di Newcastle, Eddie Howe, dan anak didiknya.



Guardiola berkata:



"Newcastle kini antara pasukan paling sukar ditewaskan dalam liga ini... itu sudah pasti.



"Tiada perlawanan yang mudah dalam EPL, lihat sahaja bagaimana Leeds (United) menewaskan Chelsea. Anda perlu melalui cabaran EPL ini sendiri untuk benar-benar memahami betapa sukarnya apa yang telah kami capai sejak lima tahun lalu dan betapa sukarnya tugas bagi semua pasukan untuk menjulang trofi bagi lima tahun akan datang."



Kecuali pada musim 2019/20, City telah menjuarai EPL setiap musim sejak musim 2017/18.



Howe pula memuji pemainnya kerana menunjukkan semangat kental untuk menyamakan kedudukan selepas dibolosi gol awal dan selanjutnya bersaing dengan City sehingga wisel penamat.



"Ketinggalan satu gol di awal perlawanan adalah keadaan yang tidak diingini apabila berdepan dengan City kerana ia memaksa anda untuk menyerang dan membuka ruang bagi serangan balas City.



"Namun pemain kami memberi respons yang baik dan tidak berhenti berlari sehingga wisel penamat," kata Howe.



"Bagi penonton yang bukan penyokong Newcastle atau City, perlawanan ini pasti menghiburkan... tapi saya sekadar gembira melihat pemain kami bersaing dengan City dan mengutip satu mata."



City membuka tirai jaringan seawal minit kelima menerusi Ilkay Gundogan, sebelum Miguel Almiron, Callum Wilson dan Kieran Tripper menjaringkan tiga got berturut-turut untuk memberikan kelebihan 3-1 bagi Newcastle pada awal separuh masa kedua.



Namun Erling Haaland dan Bernardo Silva masing-masing menjaringkan satu gol dalam tempoh empat minit untuk menyelamatkan City daripada kekalahan.



Bekas pemain Newcastle dan kapten England, Alan Shearer, berkata Newcastle telah menunjukkan bahawa ia mampu bersaing dengan pasukan hebat seperti City dan kini perlu dianggap sebagai pasukan berkaliber yang boleh bersaing dengan pasukan-pasukan lain.



"Mereka belum lagi mencapai potensi sepenuhnya tapi tunggulah di masa depan," kata Shearer.



Dalam pada itu, Leeds mencatatkan keputusan mengejut dengan kemenangan hebat 3-0 ke atas Chelsea 3-0 di padang sendiri pada Sabtu lalu.



Brighton pula meneruskan permulaan baik musim baru ini dengan menewaskan West Ham United 2-0 di tempat lawan.



Arsenal pula menewaskan Bournemouth 3-0 sementara Crystal Palace meraih kemenangan 3-1 ke atas Aston Villa di Selhurst Park.



Harry Kane menjaringkan gol bersejarah - yang ke-250 - dalam jersi Tottenham Hotspur untuk membantu kelabnya menewaskan Wolves 1-0. - Reuters, AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >