Newcastle tewaskan Everton, kemenangan pertama dalam empat perlawanan liga, Berita Sukan - BeritaHarian.sg
Subuh
5:38
Syuruk
7:02
Zuhur
1:09
Asar
4:34
Maghrib
7:14
Isyak
8:29

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Sukan0

LIGA PERDANA ENGLAND

Newcastle tewaskan Everton, kemenangan pertama dalam empat perlawanan liga

Chelsea, Manchester City, Manchester United dan Southampton seri.
Dec 29, 2014 | 09:28 AM

NEWCASTLE: Anak didik Alan Pardew meraih kemenangan pertama dalam empat perlawanan liga selepas ia menewaskan Everton dalam perlawanan penuh drama di St James Park pada dini hari Isnin.

Sebaliknya, Everton, yang membuka tirai jaringan seawal minit kelima menerusi Arouna Kone tumpas buat kali keempat dalam lima perlawanan.

Namun Newcastle bangkit bagi menjaringkan tiga gol berturut-turut bermula dengan Papiss Cisse dalam minit ke-34 sebelum Ayoze Perez dan Jack Colback menambah jaringan.

Kevin Mirallas menjaringkan gol kedua Everton pada minit ke-84, tetapi Newcastle bertahan sehingga wisel penamat bagi mengutip tiga mata.

Sementara itu, dalam perlawanan EPL lain semalam, empat pasukan di kedudukan teratas dalam liga meraih keputusan seri.

Halal Home-based Businesses
We want to help Halal Home-based Business owners during these tough times. See the link below.
Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Chelsea diikat 1-1 oleh Southampton, sementara Manchester City seri 2-2 dengan Burnley. Manchester United diikat 0-0 oleh Tottenha Hotspur di White Hart Lane.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map