Subuh
5:38
Syuruk
6:54
Zuhur
12:59
Asar
4:00
Maghrib
7:01
Isyak
8:10
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Sukan
30
0

Neymar, Firmino antara bintang bola sepak Brazil yang akan bermain di S’pura

Sep 22, 2019 | 06:45 PM

Pasukan bola sepak kebangsaan Brazil, yang telah menjuara Piala Dunia sebanyak lima kali, telah mengumumkan pemain pasukannya yang akan bersaing di Singapura dalam dua perlawanan persahabatan di Stadium Kebangsaan Singapura.

Mereka akan bersaing dengan pasukan kebangsaan Senegal pada 10 Oktober dan Nigeria pada 13 Oktober.

Neymar, bintang kelab Paris St-Germain dan Robert Firmino daripada Liverpool, dijangka hadir dalam pasukan itu yang akan dianggotai 23 pemain bola sepak terkenal lain.

Mereka termasuk Gabriel Jesus dan Ederson daripada Manchester City, Philippe Coutinho (Bayern Munich), Casemiro (Real Madrid) dan Daniel Alves (Sao Paolo).

“Kami akan terus mencari pesaing yang mencabar. Pasukan ini merupakan kumpulan pemain bola yang akan layak bertanding dengan 20 pasukan bola sepak teratas (di peringkat dunia),” kata penyelaras pasukan bola sepak Brazil, Juninho Paulista, selepas mengumumkan nama-nama pemainnya. 

Pada 2014, Brazil yang juga dikenali sebagai Selecao, pernah bersaing dengan pasukan Jepun di Stadium Kebangsaan Singapura di mana Neymar berjaya menjaringkan empat gol dan mengalahkan Jepun 4-0.

Mereka juga pernah bersaing dengan pasukan pilihan Singapura pada 2008 yang tewas 0-3 di Stadium Kallang sebelum Sukan Olimpik pada tahun itu.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3