Neymar pimpin Brazil menjuarai Kumpulan A, benam Cameroon 4-1, Berita Sukan - BeritaHarian.sg
Subuh
5:53
Syuruk
7:15
Zuhur
1:18
Asar
4:40
Maghrib
7:18
Isyak
8:31
Suatu Ketika di Singapura
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Sukan0

PIALA DUNIA 2014

Neymar pimpin Brazil menjuarai Kumpulan A, benam Cameroon 4-1

Brazil jadual temu janji dengan Chile, sementara naib juara Kumpulan A Mexico bertemu Belanda Ahad nanti.
Jun 25, 2014 | 10:00 AM

DIPACU kuasa Neymar, Brazil mengatasi permulaan yang lemah untuk mara ke pusingan kedua sebagai juara Kumpulan A selepas mengatasi Cameroon 4-1 di Brasilia sebentar tadi.

Walau Brazil menang dengan jaringan yang meyakinkan, naib juara Kumpulan B, Chile yang menanti di Belo Horizonte Ahad ini pasti menaruh kepercayaan bahawa kubu Brazil tidak seperkasa serangannya dan boleh dibolosi setelah melihat cara Cameroon menjaringkan gol penyamaan dan mengancam untuk menambah jaringan.

Namun saat istimewa di Estadio Nacional milik Neymar, yang menyumbat dua gol pertama Brazil - yang ketiga dan keempat untuknya di Piala Dunia ini - dalam separuh mata pertama - sebelum Guedes Fred dan Luis Fernandinho menggandakan jaringan untuk Brazil.

Gol tunggal Cameroon yang telah tersingkir dari pertandingan dijaringkan oleh Joel Matip.

Neymar menjaringkan gol pertamanya pada minit ke-17, mengambil kesempatan kecuaian benteng pertahanan Cameroon untuk memperdayakan penjaga gawangnya Charles Itandje dengan percubaan yang menarik.

Halal Home Based Business
Savour The Flavour by Chef Im

Savour The Flavour ingin menyajikan makanan yang berkualiti...

SpicyLoverKitchen

Lemang Set dengan Rendang & Serunding!

Ms Lid's Packed Bento

Set bento untuk sumbangan atau delivery ke rumah

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Bagaimanapun, selang 10 minit, perlawanan kembali terikat apabila Allan Nyom memperdayakan Dani Alves dalam situasi satu lawan satu dan meleret bola ke arah Matip yang hanya perlu sentuhan mudah untuk menemui sasarannya.

Kegembiraan Cameroon yang mula mengatur serangan bahaya tetapi tidak berpanjangan.

Neymar mengembalikan kelebihan kepada Brazil selang enam minit, sekaligus mengembalikan suara penyokong Brazil yang dibisukan gol Matip.

Ketidaktentuan yang mengundang Brazil di separuh masa kedua berubah menjadi kegirangan apabila penyerang Guedes Fred yang selama ini dibayangi kecemerlangan Neymar, membuka tirai jaringan di Piala Dunia dalam minit ke-49. Permainan selepas itu dikuasai Brazil dan Luis Fernandinho yang menggantkan Neymar, menyumbat gol keempat dan terakhir Brazil pada minit ke-84.

Sementara itu, dalam perlawanan kedua Kumpulan A, Mexico yang menjaringkan tiga gol lewat dalam permainan menundukkan Croatia 3-1 di Arena Pernambucano untuk menjadual temu janji dengan Belanda di Fortaleza pada hari yang sama.

 

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map