Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Nigeria bangkit dengan kemenangan 2-0 ke atas Iceland

Jun 23, 2018 | 09:56 AM



VOLGOGRAD, RUSSIA -- Nigeria mengalahkan Iceland 2-0 dan menghidupkan semula harapan mereka dalam Piala Dunia di Russia pada Jumaat dengan penyerang Ahmed Musa meraikan kemunculannya  dalam pasukan dengan dua gol baik.



Kekalahan Iceland dalam penampilan  kejohanan Piala Dunia buat kali pertama, belum mematikan impian mereka, begitu juga  Argentina.



Kemenangan semalam membolehkan Nigeria menentukan haluan mereka dalam kumpulan D apabila ialah bertemu Argentina Selasa ini. Keputusan seri mungkin memadai bagi Nigeria melayakkan ke pusingan kalah mati sekalipun jika Iceland mengalahkan Croatia yang sudah menempat tempat 16 terakhir, bergantung pada perbezaan gol.



 Nigeria memecah kebuntuan pada minit ke-49 apabila pemain sayap Victor Moses mengirim bola kepada Musa yang menguasai bola dengan pantas dan menendang masuk bola ke gawang.



Musa berada di bangku simpanan semasa Nigeria tumpas di tangan Croatia dalam perlawanan awal.



Beliau menjamin kemenangan Nigeri 2-0 pada minit ke-75 dengan menggunakan kepantasan mengatasi pemain pertahanan Iceland Kari Arnason dan menyumbat bola keduanya.



Iceland, yang membuat kejutan terbesar dengan mencatatkan keputusan seri menentang juara dua kali Argentina pada Sabtu, memperlihatkan kesungguhan dan mendapat tendangan penalti, tetapi tendangan penyerangnnya, Alfred Finnbogason, melewati gawang.



Kemenangan itu membuktikan keputusan jurulatih Jerman, Gernot Rohr, merombak strategi serangannya setelah kalah 2-0 di tangan Croatia dengan menyertakan Musa dan Kelechi Iheanacho dan mengorbankan penyerang Odion Ighalo dan Alex Iwobi membuahkan hasil.



Iceland, negara terkecil pernah tampil dalam Piala Dunia, kini harus menumpukan perhatian menentang Croatia dalam perlawanan selanjutnya. -- Reuters



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >