Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Nikmati tarikan Perth yang 'bermandi' warna merah sempena ketibaan Man-U

Jul 11, 2019 | 04:33 PM



PENGUNJUNG ke Perth berpeluang untuk menikmati tarikan popularnya, Crawley Edge Boatshed yang biasanya berwarna biru, bertukar menjadi merah minggu ini untuk menyambut ketibaan legenda Liga Perdana England, Manchester United. 


Tarikan tersebut, yang popular di media sosial, akan diubah buat sementara semasa kunjungan pasukan tersebut, dengan balutan berwarna merah, lampu merah yang menerangi rumah tersebut, serta karpet merah yang meliputi jeti. 


Tarikan lain di Perth, termasuk Stadium Optus, Jambatan Matagarup, Elizabeth Quay, Yagan Square, Jambatan Trafalgar, Bell Tower serta beberapa kawasan lain juga akan dihiasi rona merah sempena tempoh tersebut. 


Manchester United akan menentang Perth Glory dalam perlawanan yang akan berlangsung pada 13 Julai dan Leeds United pada 17 Julai. 


Perlawanan yang akan diadakan di Stadium Optus itu bakal menyaksikan lebih 100,000 penonton bagi kededua perlawana secara keseluruhan dan telah menarik beribu pengunjung ke Australia Barat. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >