"Leicester layak menjadi juara musim ini. Tentu sekali, tuah memain peranan... tetapi setiap pemain, baik dalam kesebelasan utama mahupun di bangku simpanan, berusaha gigih bagi meraih kejayaan ini."
- Khairul Amri, Garena Young Lions, Singapura.
"Leicester juara EPL - sebab itu kami semua cintai bola sepak."
- Lionel Messi, Barcelona, Argentina.
"Ini kejutan terhebat dalam riwayat saya... dan ini ialah pasukan saya."
- Gary Lineker, bekas pemain Leicester dan England. Lineker, yang kini bertugas sebagai penganalisis bola sepak di BBC, berjanji muncul di televisyen dengan pakaian dalam jika Leicester menjadi juara.
"Perasaan ini begitu menakjubkan. Saya tidak pernah menjangka ini... saya hanya ingin membantu kelab memenangi perlawanan demi perlawanan."
- Claudio Ranieri, pengurus Leicester City - kelab ke-15 yang pernah diuruskan.