Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Singa cuba nasib di rantauan

Jan 07, 2018 | 12:00 AM



Jika selalunya bola sepak negara mengimport bakat-bakat asing, musim baru 2018 ini pula menyaksikan Singapura 'mengeksport' pemain-pemain berbakatnya ke liga luar negara. Buat julung-julung kalinya jumlah pemain Singapura yang akan beraksi dalam liga luar negara kali ini dijangka menjejas dua angka - satu penghargaan ke atas bakat yang dimiliki pemain setempat sekalipun kehilangan mereka tentu sekali akan dirasakan dalam liga profesional setempat, Liga-S. Berita Minggu menyorot senarai pemain yang akan beraksi di luar negara musim ini.



HARISS HARUN, 27 tahun



Selepas dipinjamkan ke Home United musim lalu, kapten Singa ini kembali ke pangkuan juara Liga Super Malaysia sejak empat musim lalu, Johor Darul Takzim (JDT). "Saya optimis JDT yang dibarisi pemain berkaliber dan berpengalaman dapat mengekalkan kejuaraan," katanya di laman rasmi JDT.



HAFIZ ABU SUJAD, 27 tahun



Dikenali dengan semangat tinggi serta kebolehan bermain di pelbagai posisi - baik di benteng mahupun barisan serangan - Hafiz berpeluang menebus kekecewaan pengalaman beraksi hanya tujuh perlawanan bersama kelab Thailand, Big Bang Chula United, sebelum pasukan itu dibubarkan musim lalu dengan menandatangani kontrak setahun dengan JDT II yang bermain dalam Liga Perdana Malaysia, setahap di bawah Liga Super Malaysia.



SAFUWAN BAHARUDIN, 26 tahun



Antara pemain paling berbakat Singapura hari ini, Safuwan berpengalaman dipinjamkan ke Liga-A, menyarungi jersi Melbourne City selama tiga bulan pada 2015. Beliau kemudian menyarungi jersi PDRM sebelum khidmatnya disambar Pahang bagi musim baru ini.



SHAHDAN SULAIMAN, 29 tahun



Kecederaan kerap menghambat Shahdan daripada memenuhi potensi sepenuhnya, antara pemain paling kreatif di padang tetapi beliau ghairah memanfaatkan peluang kembali menyerlah apabila dipinjamkan kelabnya, Tampines Rovers, ke Melaka bagi musim ini.



HASSAN SUNNY, 33 tahun



Penjaga gawang nombor satu Singa sejak pasukan negara dipimpin jurulatih V. Sundram Moorthy. Beliau disambut mesra oleh



penyokong kelab barunya dalam liga utama Thai, Army United.



IZWAN MAHBUD, 27 tahun



Siapa yang dapat lupa kecemerlangannya semasa menafikan Jepun dalam kelayakan Piala Asia pada Jun 2015? Beliau kini menyertai kelab divisyen dua Thai, Nongbua Pitchaya.



BAIHAKKI KHAIZAN, 33 tahun



Dengan 129 'caps' untuk skuad Singa, sukar bagi pemain lain menandingi Bai dari segi pengalaman. Jika tiada aral melintang, tunggak pertahanan ini dijangka menjadi pemain pertama Singapura untuk beraksi dalam liga di Timur Tengah apabila menyertai Jeddah Club dalam liga tahap kedua bola sepak Arab Saudi.



MADHU MOHANA, 26 tahun



Antara tunggak di pertahanan pasukan Singa hari ini, Madhu, yang dikenali dengan lontaran bola jauh dari tepi padang, menarik perhatian pasukan Liga Super Malaysia, Negeri Sembilan, sempena musim 2018 ini.



FARIS RAMLI, 25 tahun



Musim lalu antara tunggak pasukan Home United. Faris yang dikenali dengan kelincahannya menggelecek pemain lawan akan beraksi di seberang Tambak musim baru ini selepas berjaya menarik perhatian kelab Liga Super Malaysia, PKNS FC.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >