Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

F1 GRAND PRIX SINGAPURA SINGAPORE AIRLINES

Siapa bakal kuasai Litar Marina Bay?

Litar Marina Bay ialah antara trek paling mencabar bagi pemandu dalam kalendar Formula Satu (F1) kerana ia bertempat di jalan raya yang sebahagiannya sempit dan berbelit. Cuaca setempat, yang mempunyai kelembapan tinggi pula, memberikan ujian besar kepada kedua-dua kereta dan pemandu. Namun Grand Prix (GP) Singapura, yang sepanjang lebih 5 kilometer, yang juga perlumbaan malam pertama F1 tetap antara perlumbaan yang paling dinanti-nantikan sejak ia pertama kali diadakan di sini pada 2008. Dan akhirnya, dua tahun selepas ia ditiadakan akibat pandemik, deruman enjin dan sorakan peminat di Marina Bay akan kedengaran lagi. BERITA HARIAN menyenaraikan lima pemandu yang bakal berentap hujung minggu ini.
Sep 30, 2022 | 06:44 AM



MAX VERSTAPPEN



RED BULL



Verstappen, 24 tahun, kini sedang menunjukkan prestasi cemerlang. Pemandu Red Bull ini meraih kemenangan kelima berturut-turutnya di Monza, Italy dan kini memiliki 11 kemenangan musim ini.



Bergantung pada nasib pemandu lain pada Ahad nanti, beliau juga berpeluang merangkul takhta kejuaraan dunia di Marina Bay - buat tahun kedua berturut-turut.



Dengan musim berbaki enam perlumbaan selepas hujung minggu ini, beliau juga akan menjadi pemandu yang memenangi kejuaraan dalam tempoh paling singkat.



Untuk berbuat sedemikian, Verstappen mesti memungut 22 mata lebih banyak berbanding pesaing terdekatnya, pemandu Ferrari Charles Leclerc. Pada masa yang sama, beliau harus memungut 13 mata melebihi mata yang dipungut pemandu Red Bull, Sergio Perez; dan tidak mampu tewas lebih 10 mata kepada George Russell dari Mercedes.



CHARLES LECLERC



FERRARI



Leclerc, 24 tahun, memerlukan kemenangan di GP Singapura. Nasibnya musim ini turun naik, tetapi bukan sebab beliau tidak memandu dengan baik, tetapi kerana kerap dilanda malang di litar.



Sebagai contoh, beliau sepatutnya menang di Hungary tetapi perlu patuh kepada strategi pasukan dan akhirnya tewas. Di GP Perancis, keretanya terbabas dan melanggar dinding litar.



Beliau telah melayakkan diri di petak pertama bagi lapan perlumbaan musim ini, tetapi hanya dua kali menjadi juara.



Secara kebetulan, kali terakhir F1 diadakan di Singapura pada 2019, Leclerc turut melayakkan diri di tempat pertama, tetapi tewas kepada rakan sepasukan pada ketika itu Sebatian Vettel.



Kali ini, beliau tentunya berharap memperbaiki kedudukan di garisan penamat, sekali gus melambatkan penabalan Verstappen sebagai juara dunia musim ini.



LEWIS HAMILTON



MERCEDES



Hamilton, 37 tahun, bergelut dengan prestasi keretanya yang kurang menyerlah sepanjang musim ini, yang menyaksikan beliau sekadar di tangga keenam kedudukan pemandu.



Namun, litar Marina Bay adalah tempat istimewa bagi Hamilton, yang muncul juara empat kali pada 2008, 2014, 2017 dan 2019.



Bahkan, ketua pasukan Mercedes, Toto Wolff, berkata trek Singapura dijangka sesuai untuk pasukannya mencatatkan keputusan baik, sekali gus memberi harapan untuk Hamilton menunjukkan taringnya.



Warga Britain itu juga sedang bergelut memelihara rekod 15 tahun untuk menang sekurang-kurangnya satu perlumbaan setiap musim. Beliau belum lagi memenangi sebarang perlumbaan sejauh musim ini.



SEBASTIAN VETTEL



ASTON MARTIN



Vettel, 35 tahun, memegang rekod bagi jumlah kemenangan paling banyak di Litar Marina Bay dengan lima kejuaraan.



Pemandu Aston Martin itu, yang mengumumkan beliau akan bersara daripada F1 pada akhir musim ini, juga merupakan juara terakhir GP Singapura pada 2019 ketika bersama Ferrari.



Meskipun kurang menyengat dalam musim 2022 - menduduki tangga ke-13 kedudukan pemandu dengan hanya 20 mata buat masa ini - pemandu kelahiran Jerman itu pasti terdorong untuk sekali lagi naik podium di litar yang beliau cukup kenali, sebelum mengucapkan selamat tinggal kepada F1.



GEORGE RUSSELL



MERCEDES



Diam-diam ubi berisi.



Russell, 24 tahun, mungkin jarang disebut untuk menang perlumbaan tetapi mampu membuat kejutan di GP Singapura Ahad ini.



Warga Britain itu konsisten merangkul tempat di podium dalam empat daripada lima perlumbaan terakhir.



Dengan musim F1 2022 hampir ke penghujungnya, Mercedes yang belum menang sebarang perlumbaan pada musim ini akan mendorong Russell untuk menebus kekecewaan pasukannya.




SEKILAS JADUAL



Hari ini:



- Sesi latihan pertama 6 petang hingga 7 malam



- Sesi latihan kedua 9 hingga 10 malam



Esok:



- Sesi latihan ketiga 6 petang hingga 7 malam



- Sesi kelayakan 9 hingga 10 malam



Lusa:



- Perlumbaan mula 8 malam




APA KATA MAX VERSTAPPEN, PEMANDU RED BULL, YANG BERUSAHA MEMPERTAHANKAN KEJUARAAN DUNIA YANG DIMENANGINYA TAHUN LALU



"Ada orang berkata mengekalkan gelaran adalah lebih sukar daripada memenanginya buat kali pertama, tetapi saya tidak begitu percaya dengan perkara ini kerana motivasi dan minda saya sentiasa sama. Walaupun sudah bergelar juara dunia... matlamat saya adalah untuk memenangi perlumbaan dan cuba untuk menjadi juara. Namun, adalah sukar untuk mengatakan pasukan kami adalah pilihan utama untuk menang di litar Marina Bay pada hujung minggu ini. Singapura menyajikan trek perlumbaan yang khusus, pelbagai aspek perlu berpihak kepada kami untuk membolehkan kami menang di sini... dan tidak semestinya kereta yang terpantas pada musim ini boleh menjamin kemenangan di sini."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >