MENJEJAKI musim ke-20 sebagai seorang pemain profesional, bekas tunggak pertahanan skuad bola sepak nasional, Noh Rahman, kini ghairah menyahut cabaran bagi membantu kelab barunya, Tampines Rovers, mencatatkan kejayaan dalam Liga-S musim baru ini.
Sejak mula mengukir namanya - sebagai bakal pengganti bintang bek kanan Kadir Yahaya di Geylang United pada 1997, siapa sangka Noh terus membuktikan bakatnya sebagai antara pemain pertahanan terbaik setempat dengan lebih 200 penampilan dalam Liga-S - bersama empat kelab berbeza.