Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PERSONALITI

NTUC FairPrice bangga jadi penaja rasmi petinju Ridhwan

Jun 17, 2018 | 05:30 AM



JIKA jaguh tinju setempat, Muhamad The Chosen Wan Ridhwan, berjaya meraih kemenangan dalam pertandingan Juara Dunia Super Bantamwight Pertubuhan Tinju Antarabangsa (IBO) September ini beliau bakal menjadi warga Singapura pertama yang akan memenangi kejohanan dunia di bawah badan tersebut.



Namun, bakat dan kebolehannya sudah cukup mengagumkan sehingga NTUC FairPrice melantik beliau sebagai duta mereka baru-baru ini.



Mengumumkan hal tersebut, FairPrice berkata ia akan menjadi penaja rasmi Ridhwan, sekali gus menjadikannya duta mereka.



Tajaan tersebut memastikan keperluan latihan Ridhwan, yang juga merupakan petinju profesional antarabangsa Singapura yang pertama, terurus dengan baik dan berjalan lancar.



Ini termasuk membiayai sokongan bagi latihannya di Singapura, rakan sekutu serantau yang diperlukan dalam mempersiap diri bagi perlawanan IBO itu dan kem-kem latihan setempat dan juga di luar negara.



Di samping itu, FairPrice juga merupakan penaja rasmi kejohanan antarabangsa IBO, Roar of Singapore V, yang bakal menjadi tuan rumah bagi perlawanan tersebut.



Mengulas tentang tajaan itu, Ketua Pegawai Eksekutif NTUC FairPrice, Encik Seah Kian Peng, berkata:



"FairPrice bangga menjadi penaja rasmi Ridhwan dan 'Roar of Singapore V', didorong oleh kepercayaan kami bahawa sukan merupakan wadah yang berkesan dalam menyatukan warga Singapura dari pelbagai latar belakang.



"Sebagai jenama tempatan kami turut meraikan usaha bakat tempatan yang mewakili Singapura di persada dunia."



Sementara itu, meluahkan kesyukurannya menerima tajaan tersebut, Ridhwan berkata:



"Saya berbesar hati mewakili Singapura dalam perlawanan yang akan datang ini dan berterima kasih atas tajaan daripada FairPrice, satu organisasi yang dekat di hati saya, sama seperti ramai warga Singapura lain.



"Saya akan terus-menerus bertahan sepanjang masa latihan untuk memberi kebanggaan kepada Singapura," tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >