Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PARALIMPIK TOKYO

Nur Syahidah tersingkir dalam pusingan kalah mati individu wanita

Aug 31, 2021 | 05:30 AM



PEMANAH para nasional Nur Syahidah Alim tersingkir dari pusingan kalah mati acara kompaun individu wanita di Paralimpik Tokyo 2020 semalam.



Syahidah tewas 136-140 kepada pemanah nombor tujuh dunia Sevgi Yorulmaz.



Syahidah, pemanah nombor dua dunia berkata:



"Saya kecewa dengan keputusan hari ini. Kami telah berlatih begitu gigih sejak lima tahun lalu dan saya meletakkan jangkaan lebih besar terhadap diri saya.



"Namun ada beberapa perkara positif yang boleh saya ambil dari pengalaman ini dan ini akan menjadikan saya lebih kuat.



"Bersama jurulatih dan pasukan saya, kami akan meluangkan sedikit masa untuk menganalisis kelakonan saya di sini. Dari sudut lebih luas, ini hanya kegagalan kecil berbanding matlamat lebih besar yang kami sasarkan.



Kami telah maju dalam tempoh beberapa tahun yang lalu dan sedang bergerak ke arah yang betul."



Syahidah turut mengucapkan terima kasih kepada setiap orang yang mengiringinya dalam perjalanan ke Tokyo dan akur beliau telah mengalihkan tumpuan kepada pertandingan seterusnya.



Ini adalah kali kedua Syahidah mewakili negara di Paralimpik. Di Rio, beliau berjaya mara ke suku akhir.



Aksi di padang Yumenoshima semalam bermula dengan baik bagi Syahidah.



Beliau dan Yorulmaz bersaing sengit sejak panah pertama dilepaskan dari busur dan terikat dengan 57 mata masing-masing selepas enam panah dilepaskan.



Namun Yorulmaz mula memanah dengan lebih baik selepas itu dan akhirnya mengutip terlalu banyak mata untuk dikejar Syahidah.



Pemanah nombor tiga dunia Maria Andrea Virgilio dari Italy kini adalah pemanah yang menduduki rangking tertinggi di suku akhir.



Ini selepas pemanah nombor satu dunia Jessica Stretton dari Britain tewas 140-141 kepada rakan senegara Phoebe Paterson Pine.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >