KEJOHANAN BERLAWAN SINGAPURA (SFC3)
Nurshahidah cipta sejarah lagi jika menang
Jun 09, 2016 | 05:30 AM
BELIAU mencipta sejarah sebagai petinju profesional wanita pertama Singapura di Kejohanan Berlawan Singapura (SFC) kedua.
Esok, Nurshahidah Roslie boleh mencipta sejarah sekali lagi sebagai petinju pro wanita tempatan memenangi piala di SFC ketiga.