Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

SUKAN SEA: BOLA JARING

Nurul Baizura - Pembakar semangat pasukan pertahan pingat emas

Jul 09, 2017 | 05:30 AM



BUNYI kasut pemain bola jaring nasional yang bergesel dengan lantai gelanggang kedengaran di ruang OCBC Arena dekat Stadium Negara hampir setiap hari terutama sekali dengan acara Sukan SEA yang semakin hampir.



Namun, di tengah hiruk-pikuk itu, kedengaran lantang suara beliau memberikan bimbingan serta melontarkan kata-kata perangsang demi membakar semangat anggota sepasukannya.



Tenaga serta kesungguhan naib kapten pasukan bola jaring Singapura itu jelas kelihatan dan seolah-olah 'berjangkit' kepada anggota pasukan yang lain.



Namun, selesai latihan perbualan mesra dan gurau senda bermula antara gadis-gadis dalam pasukan nasional tersebut. Tidak dapat dibezakan lagi antara pemain veteran, kapten atau pemain baru.



"Saya ingin mereka anggap saya seperti kawan, dan memberitahu masalah yang mereka hadapi kepada saya.



"Saya tidak ingin mereka 'takut' kepada saya, walaupun jika saya mempunyai lebih banyak pengalaman daripada mereka," katanya dalam satu temu ramah bersama Berita Minggu baru-baru ini.



Wajahnya tetap ceria dan perbualannya ramah walau jelas kepenatan selepas menjalani latihan sejurus selepas tamat bekerja.



Namun, di sebalik wajah yang ceria itu, Nurul Baizura, 27 tahun, sedar akan tanggungjawabnya membimbing pasukannya itu menentang lawan dalam acara Sukan SEA yang akan berlangsung Ogos ini. Apatah lagi sebagai naib kapten dan pemain yang paling berpengalaman dalam pasukan itu selepas 88 kali menyarung jersi negara di pelbagai kejohanan antarabangsa sebelum ini.



Wajah tersenyum bertukar serius buat seketika menyentuh tentang matlamat pasukannya itu untuk Sukan SEA.



"Lebih separuh pasukan ini merupakan pemain yang baru pada perlawanan bola jaring antarabangsa selepas pasukan kami menjalani perubahan dan beberapa pemain veteran meninggalkan kami.



"Matlamat saya adalah membimbing pasukan menghadapi satu perlawanan demi satu perlawanan, biar orang luar kata bahawa kami kelihatan 'biasa-biasa' sahaja, biar cara kami bermain menunjukkan sendiri siapa kami sebenarnya," kata Nurul Baizura.



Nurul Baizura dan rakan-rakannya akan berusaha mempertahan pingat emas Sukan SEA yang diperolehi mereka dua tahun lalu di Singapura walaupun hanya tinggal lima anggota skuad Sukan SEA 2015 yang masih kekal.



Menyentuh tentang tiga pemain veteran Micky Lin, Premila Hirubalan dan Chen Huifen yang telah meninggalkan sukan itu, Nurul Baizura berkata:



"Ketiadaan pemain veteran ini membuatkan anggota pasukan lain ingin meningkatkan prestasi persembahan mereka.



"Mereka akan dapat melihat pemain muda memainkan peranan penting dan tidak hanya perlu bergantung kepada pemain yang lebih berpengalaman," kata Nurul Baizura.



Beliau juga berharap latihan mental yang dilaluinya bersama pasukan dapat membantu mereka bersiap sedia bertarung dan menghadapi suasana gelanggang 'asing'.



"Memang kami telah menjangkakan tahap kebisingan yang tinggi ketika bertarung di gelanggang (Kuala Lumpur), terutama sekali dengan penyokong Malaysia yang begitu ramai. Namun, kami telah berlatih cara-cara mengelakkan daripada terjejas oleh jeritan atau ejekan yang dilontarkan ke gelanggang," katanya.



Menurut Nurul Baizura lagi, semua pemain mempunyai teknik atau mekanisme sendiri mengatasi rasa gemuruh sebelum perlawanan. Ada di antara mereka yang akan duduk mendengar muzik sebelum bermula perlawanan, ada pula yang akan memisahkan diri daripada anggota pasukan yang lain supaya mereka dapat berada dalam keadaan yang senyap buat seketika.



"Bagi saya, yang penting memastikan saya tahu di mana letaknya semua barangan kepunyaan. Saya akan memastikan semua barang tersusun sebelum memulakan perlawanan, itulah cara saya menenangkan diri," katanya.




LATAR BELAKANG PASUKAN BOLA JARING NASIONAL



Jurulatih: Yeo Mee Hong



Kapten: Vanessa Lee



Naib Kapten: Nurul Baizura Abdul Razak



Tangga kedudukan sedunia: Ke-19



Pasukan Sukan SEA: 14 pemain



Pencapaian:



2015: Memenangi pingat emas pertama bola jaring selepas mengalahkan Malaysia (46-43) dalam acara Sukan SEA.



2016: Mendapat tempat ketiga dalam Kejohanan Asia.



Pasukan tersebut merupakan juara tiga kali Kejohanan Asia sebelum itu (2005, 2012, dan 2014).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >