MANCHESTER: Ole Gunnar Solskjaer sekian lama mencari-cari saat penting yang boleh memberinya rangsangan untuk meneruskan tugas sebagai pengurus Manchester United.
Sebahagian daripada saat yang dinanti-nantikan itu muncul selepas pasukannya menewaskan juara bertahan Manchester City 2-0 dalam perlawanan Liga Perdana England semalam.