Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Olimpik: Neymar tidak menyerlah, Brazil sekadar seri dengan Afrika Selatan

Aug 05, 2016 | 07:29 AM



RIO DE JANEIRO: Bintang Barcelona Neymar gagal memberi Brazil permulaan cemerlang untuk mendapatkan pingat emas Olimpik bola sepak sulungnya apabila tuan rumah itu seri 0-0 dengan Afrika Selatan dalam pembukaan Rio 2016 pada awal Khamis (4 Ogos).



Ini walaupun Afrika Selatan bermain dengan 10 pemain selama setengah jam apabila Mothobi Mvala dibuang padang.



Neymar nama paling besar menyertai pertandingan bola sepak dan ditugaskan memulihkan kehormatan bola sepak Brazil selepas kekalahan 7-1 kepada Jerman di padang sendiri dalam Piala Dunia 2014.



Penyokong tuan rumah tidak disajikan dengan kemenangan besar yang dijangka memandangkan selain Neymar, Brazil menurun pemain yang baru didapatkan Manchester City pada harga £27 juta ($47 juta), Gabriel Yesus, dan Marquinhos daripada Paris Saint-Germain.



Sebaliknya, Lebo Mothiba mempunyai banyak peluang bagi Afrika Selatan menghasilkan kejutan besar, tetapi gagal memanfaatkan kelemahan pertahanan Brazil.



Dua lagi pasukan dalam Kumpulan A bersama dua negara itu - Iraq dan Denmark - juga seri tanpa jaringan pada awal Khamis.



Dalam satu lagi perlawanan dalam Kumpulan D, Honduras menewaskan Algeria 3-2. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >