Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Olimpik: Pasukan ping pong Singapura pulang tanpa pingat

Aug 17, 2016 | 07:14 AM



RIO DE JANEIRO: Buat kali pertama dalam tiga Sukan Olimpik, pasukan ping pong wanita Singapura akan pulang dengan tangan kosong, selepas kalah kepada Jepun dalam perlawanan penenetuan pingat gangsa pada pagi Selasa (16 Ogos waktu Brazil).



Singapura, pilihan keempat dalam Rio 2016, tewas 3-1 di Pavilion Riocentro 3, dengan Yu Mengyu pemain tunggal berjaya mendapat mata.



Yu, pemain nombor 13 dunia, memulakan perlawanan terhadap pasukan pilihan kedua itu dengan menjanjikan apabila beliau mengalahkan pemain nombor lapan dunia Ai Fukuhara 4-11, 11-5, 11-3, 4-11, 11-5.



Kapten pasukan Feng Tianwei, bagaimanapun, sekali lagi gagal terhadap seorang pemain Jepun. Pemain nombor empat dunia itu kalah 10-12, 6-11, 7-11 kepada Kasumi Ishikawa. Dalam suku akhir acara perseorangan, beliau kalah 0-4 kepada Fukuhara.



Yu berganding dengan Zhou Yihan dalam perlawanan beregu, tetapi mereka tewas 9-11, 11-9, 11-1, 14-12 kepada Fukuhara dan Mima Ito.



Feng kemudian diberi tanggungjawab menyelamatkan Singapura tetapi beliau tunduk kepada Ito, 15 tahun, 9-11, 4-11, 6-11.



Dengan Feng dan Yu gagal dalam pertandingan perseorangan, ini bermakna pasukan Singapura gagal mempertahankan kedua-dua pingat gangsa, dalam acara perseorangan dan berpasukan, yang dimenangi pada Olimpik London 2012.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >