Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Olimpik: Team Singapore bersedia harumkan nama negara

Aug 03, 2016 | 08:25 AM



RIO DE JANEIRO: Bendera Singapura dinaikkan buat kali pertama di Sukan Olimpik Rio de Janeiro pada Selasa (2 Ogos), sedang atlet dan pegawai republik ini disambut secara rasmi di Kampung Sukan Olympiad ke-31 ini.



Dengan ditiup angin mantap, bendera merah dan putih negara itu terbang tinggi dan bangga. Upacara tersebut simbolik, tidak melibatkan juara dinobatkan.



Namun sepanjang tiga minggu akan datang, 25 atlet dalam kontinjen Singapura berharap bendera negara itu akan juga berkibar di tempat-tempat pertandingan di seluruh bandar Brazil ini.



Dengan pemain ping pong wanita Singapura berharap naik ke podium pemenang dan perenang Joseph Schooling antara pesaing bagi pingat dalam acara renang kupu-kupu 100m lelaki, Singapura mungkin mencapai lebih daripada dua pingat - persembahan terbaik sejauh ini - di Olimpik Rio de Janeiro.



"Jangkaan pasti ada. Atlet dalam keadaan siap sepenuhnya... Peluang ada dan jika mereka melakukan yang terbaik, kita mungkin mendapat beberapa pingat," kata chef-de-mission Singapura, Low Teo Ping.



Singapura memenangi empat pingat - dua perak dan dua gangsa - sejak penampilan pertamanya dalam edisi London pada 1948.



Pada temasya lalu, juga di ibu negara Britain itu, Republik ini pulang dengan dua pingat gangsa daripada pasukan ping pong wanita.



Majoriti daripada 10,500 atlet dari 206 negara telah tiba bagi Sukan Olimpik ini, yang pembukaannya akan dirasmikan di Stadium Maracana pada Jumaat (5 Ogos).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >