Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

GAYA HIDUP: SUKAN

Olimpik Tokyo masih jadi

Pandemik yang masih ancam dunia mungkin sebabkan Temasya Sukan dibatalkan
Jan 25, 2021 | 05:30 AM



LONDON: Hanya enam bulan sebelum ia bermula, tanda tanya masih menyelubungi Sukan Olimpik Tokyo, terutama sama ada ia boleh diadakan seperti dijadual pada pertengahan tahun ini.



Malah, bekas ketua eksekutif Olimpik 2012 di London berkata beliau tidak mengharap dan tidak menjangka Sukan Tokyo akan diadakan pada musim panas nanti kerana keadaan pandemik Covid19 yang masih mengancam di serata dunia.



Sir Keith Mills, dalam wawancara dengan BBC berkata penganjurnya harus menerima keadaan dan membuat rancangan untuk membatalkan temasya sukan yang diadakan empat tahun sekali itu.



Buat masa ini, Tokyo masih dicengkam cemas, selepas bilangan jangkitan melonjak di ibu kota Jepun itu.



Malah, ia merakamkan bilangan rekod jangkitan baru 1,337 kes di Tokyo pada hari terakhir tahun lalu.



Jepun telah merakamkan sekitar 250,000 kes Covid-19 dan sekitar 4,000 kematian akibat koronavirus itu, mengikut perangkaan yang diterbitkan oleh Universiti Johns Hopkins.



Namun ia juga sedang membuat persiapan menganjurkan acara sukan antarabangsa terbesar pada Julai nanti.



Sesungguhnya, penganjur telah menanggung derita selepas acara itu ditangguh setahun akibat pandemik Covid-19.



Kos membiaya acara itu telah meningkat 22 peratus dalam tempoh itu kepada £11.5 bilion ($15.3 bilion) dengan kontrak yang terpaksa diubah dan peruntukan keselamatan baru menambah £2.1 bilion kepada kos keseluruhan.



Tidak mengejutkan, Perdana Menteri Jepun Yoshihide Suga, pada awal tahun ini, berkata Olimpik Tokyo akan diadakan sebagaimana yang dirancang tahun ini. Malah, minggu lalu, Timbalan Ketua Setiausaha Kabinet Jepun Manabu Sakai menyangkal laporan akhbar Britain The Times yang berkata kerajaan negara itu telah membatalkan Olimpik Tokyo kerana pandemik yang sedang meradang.



Olimpik Tokyo dijadual berlangsung dari 23 Julai hingga 8 Ogos, diikuti dengan Paralimpik bagi atlet kurang upaya dari 24 Ogos hingga 5 September.



Bercakap di rancangan radio Wake Up to Money, di BBC Radio 5, Mills berkata:



"Saya jangka mereka (penganjur) akan mengambil keputusan (untuk membatalkan Olimpik) di saat akhir... menanti sama ada keadaan berubah dan menjadi lebih baik secara dramatik... mungkin jika vaksinasi dapat dilakukan lebih pantas daripada yang dijangka. Ia bukan keputusan yang mudah."



Mills berkata beliau tidak menjangka keputusan muktamad adalah menganjurkan Olimpik tahun ini.



"Secara peribadi, dan melihat keadaan pandemik di seluruh dunia, saya rasa ia (Olimpik) tidak akan diadakan," ujar beliau.



"Jika saya terlibat dalam jawatankuasa yang menganjurkan Olimpik di Tokyo... saya akan mula mengorak langkah untuk membatalkan Olimpik dan saya pasti mereka mempunyai rancangan untuk membatalkannya. Mereka mempunyai masa sekitar sebulan lagi untuk membuat keputusan itu.



KEADAAN GENTING



Dalam tempoh 10 bulan sejak Olimpik Tokyo ditangguh dari tarikh pertama, keprihatinan mengenai keadaan pandemik bukan sahaja tidak terlerai, malah kian bertambah.



Ini termasuk mengadakan seawal musim panas ini.



Minggu lalu, menteri Kabinet Jepun Taro Kono akur keputusan mengadakan Olimpik Tokyo masih belum diambil dan keadaan masih tidak menentu.



Bantahan daripada pihak awam di Jepun juga telah meningkat, dengan tinjauan yang diadakan oleh Kyodo News menunjukkan sekitar 80 peratus warga Jepun mahukan Olimpik Tokyo dianjak sekali lagi atau dibatalkan sama sekali.



Mills, yang kini menjadi pengerusi Sukan Invictus, yang dianjurkan bagi veteran tentera yang cedera, berkata:



"Faktor yang perlu diambil kira bukan hanya keadaan jangkitan di Tokyo, malah kes jangkitan di negara-negara lain.



"Cabarannya adalah sama ada bilangan atlet dan negara yang boleh mengambil bahagian mencukupi untuk menjayakan Olimpik Tokyo.



"Kita juga tidak seharusnya melupakan Paralimpik, di mana sebilangan penting atletnya mempunyai keadaan kesihatan yang mencabar."



Lebih 11,000 atlet dari sekitar 200 negara dijadual mengambil bahagian dalam Sukan 2020.



Namun, masih belum jelas bagaimana sekatan pergerakan yang dikenakan di serata dunia akan menjejas penyertaan atlet, dengan sempadan Jepun masih ditutup kepada pelawat asing.



Tahun lalu, Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) Thomas Bach memberitahu BBC bahawa Olimpik Tokyo terpaksa dibatalkan jika ia tidak dapat diadakan pada musim panas ini.



KESAN EKONOMI



Mills menyifatkan pembatalan Olimpik sebagai satu tragedi, dan beliau akur ia akan mempunyai kesan kewangan utama ke atas ratusan jawatankuasa Olimpik nasional dan persekutuan sukan kerana pertubuhan-pertubuhan ini bergantung pada pendapatan yang dijana melalui Olimpik.



"Sebagai contoh, jika anda sedang mengendalikan persatuan badminton di Amerika Selatan, pendanaan anda boleh ditarik balik (jika Olimpik dibatalkan) dan dalam sekelip mata, kewujudan sukan tersebut di negara tersebut menjadi terancam.



"Justeru, kita tidak seharusnya menganggap kesan pembatalan hanya dirasai di Jepun, tetapi ia akan dirasai oleh berbilang pihak di serata dunia... kesannya adalah besar," kata Mills.



"Dan jika Olimpik tidak diadakan, kesan ekonomi yang ditanggung IOC juga adalah besar," tambah beliau.



Mengimbau pengalaman menganjurkan Olimpik London, Mills berkata Olimpik mendatangkan kesan ekonomi yang rumit dan ia memainkan peranan besar dalam memulih semula kawasan Timur di kota itu.



"Jepun dan Tokyo akan hilang peluang menunjukkan keupayaan dan keindahan negara mereka jika Olimpik dibatalkan''. - Agensi berita.




KESAN JIKA OLIMPIK TOKYO DIBATALKAN



"... Kita tidak seharusnya menganggap kesan pembatalan hanya dirasai di Jepun, tetapi ia akan dirasai oleh berbilang pihak di serata dunia... kesannya adalah besar.

Dan jika Olimpik tidak diadakan, kesan ekonomi yang ditanggung IOC juga adalah besar.

Jepun dan Tokyo akan hilang peluang menunjukkan keupayaan dan keindahan negara mereka jika Olimpik dibatalkan.''

- Sir Keith Mills, bekas ketua eksekutif Olimpik 2012 di London.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >