One Championship tunda acara S'pura dek pemutus litar, Berita Sukan - BeritaHarian.sg
Subuh
5:33
Syuruk
6:57
Zuhur
12:59
Asar
4:23
Maghrib
6:59
Isyak
8:14
Suatu Ketika di Singapura
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Sukan3

COVID-19 & SUKAN

One Championship tunda acara S'pura dek pemutus litar

Apr 15, 2020 | 05:30 AM

DUA acara seni pertahanan campuran (MMA) tanpa penonton yang dijadual di Singapura bulan ini telah ditunda sedang negara dikenakan larangan yang diperketat bagi membendung penularan koronavirus, kata penganjur kelmarin.

Seorang jurucakap syarikat promosi terbesar MMA di Asia, One Championship, mengesahkan acara pada 17 dan 24 April itu telah ditunda.

Dua lagi acara tanpa penonton bulan depan, 1 dan 8 Mei, juga mungkin ditangguh disebabkan larangan lebih ketat yang dikuat kuasa negara ini, katanya kepada agensi berita AFP.

Acara King of the Jungle di Stadium Tertutup Singapura pada 28 Februari lalu dipentaskan tanpa penonton.

Kalendar sukan di serata dunia telah tergendala akibat pandemik, yang mengorbankan kira-kira 120,000 nyawa dan menjangkiti hampir dua juta orang.

Ia masih tidak pasti sama ada satu lagi acara One Championship yang dijadual di Manila pada 29 Mei akan mengalami nasib yang sama.

Ibu kota Filipina itu dikenakan perintah berkurung.

"Kita sedang melalui tempoh kehidupan yang agak luar biasa. Berita baiknya adalah larangan jangka masa pendek ini, tidak dinafikan, akan melambat penularan koronavirus, dan mengurang jumlah jangkitan," kata pengerusi dan ketua eksekutif One Championship Chatri Sityodtong dalam satu pos dimuat naik di Facebook minggu lalu.

One Championship pada awalnya berharap dapat mengadakan acara di Singapura itu tanpa penonton, tetapi memutuskan untuk menundanya selepas negara ini melaksanakan langkah 'pemutus litar' dengan menutup sekolah dan perniagaan bukan penting, manakala orang ramai diminta duduk di rumah.

Singapura telah dipuji kerana dapat mengawal wabak itu di peringkat awal.

Namun, ia melihat jumlah kes jangkitan melonjak bulan ini, dengan kebanyakannya berkaitan asrama pekerja asing.

Sehingga kelmarin, penguasa kesihatan telah melaporkan 2,918 kes Covid-19, termasuk sembilan kematian.

Minggu lalu, Kejuaraan Ultimate Fighting (UFC) yang berpangkalan di Amerika Syarikat dipaksa membatalkan rancangan kontroversialnya untuk menganjurkan pertarungan tanpa penonton di satu lokasi rahsia minggu depan.

Ini selepas penyiar memutuskan untuk menarik diri dari menayangkan pertarungan itu.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map