Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

EURO 2020

Pabila Pogba digigit lawan yang juga kawan...

Gol sendiri Hummels jadi pemisah Perancis-Jerman
Jun 17, 2021 | 05:30 AM



MUNICH: Paul Pogba menegaskan Perancis sememangnya dahagakan kejayaan di kejohanan Euro 2020 selepas beliau digigit Antonio Rudiger.



Pogba beraksi ketika membantu Perancis melakar kemenangan 1-0 ke atas Jerman awal pagi semalam dalam aksi Kumpulan F.



Bagaimanapun Pogba juga mendapat perhatian ketika insiden di separuh masa pertama apabila Rudiger menggigitnya di bahagian bahu.



Rudiger pada awalnya memeluk Pogba sebelum dia menggigit belakang badan bintang Manchester United itu.



Tindakan 'manja' Rudiger itu dilakukan selepas Perancis mendahului perlawanan menerusi jaringan sendiri Mats Hummels pada minit ke-20.



Bagaimanapun, tiada sebarang tindakan dikenakan ke atas Rudiger dengan pengadil, Carlos del Cerro atau sistem video bantuan pengadil (VAR) tidak dapat mengesan kelakuannya itu selepas pemain tengah Perancis itu tetap mengadu tentang perbuatan tersebut.



"Ia bukanlah masalah besar. Anda sendiri saksikan di televisyen dan ia sudah berakhir.



"Beliau menggigit sedikit dan saya merasainya, jadi saya beritahu pengadil tetapi tidaklah sampai memintanya melayangkan kad kuning atau merah.



"Saya dan Rudiger sudah lama mengenali antara satu sama lain dan saya hanya mahu bermain bola sepak.



"Beliau tidak dikenakan hukuman dan saya juga tidak mahu beliau digantung hanya kerana insiden itu. Kami berpelukan selepas tamat perlawanan dan perkara ini dianggap sudah berakhir," kata Pogba.



Jurulatih Perancis Didier Deschamps memuji semangat juang tinggi yang ditunjukkan anak buahnya dalam perlawanan tersebut.



"Kami beraksi dalam perlawanan besar menentang lawan yang hebat. Saya tahu pemain saya bersedia dan menunjukkan semangat juang tinggi.



"Kami tidak menghadapi banyak masalah pada separuh masa kedua. Ia perlawanan yang sukar dengan mutu dan bakat yang ada," kata Deschamps.



Perancis akan bertemu Hungary di Budapest Sabtu ini sebelum mengakhiri aksi peringkat kumpulan menentang juara bertahan, Portugal pada 23 Jun.



"Ia perlawanan pertama kami tetapi ia seperti aksi separuh akhir atau final. Sudah pasti dalam kumpulan kami, ini adalah tiga mata yang sangat penting.



"Dengan mutu yang dimiliki pasukan Jerman, kemenangan ini adalah permulaan yang baik buat kami," katanya.



Kekalahan di laman sendiri itu menambah tekanan ke atas Jerman menjelang perlawanan seterusnya menentang Portugal Sabtu ini, juga di padang sendiri.



Pemain tengah Toni Kroos menyifatkan nasib tidak menyebelahi Jerman pada perlawanan semalam.



Jerman mempunyai beberapa peluang terhidang termasuklah percubaan Serge Gnabry yang sekadar singgah di palang pada separuh masa kedua.



"Kami mempunyai peluang, tidak kurang berbanding apa yang dimiliki Perancis tetapi perlawanan ditentukan jaringan yang kurang bernasib baik.



"Kami menguasai hampir keseluruhan perlawanan dan hanya beberapa kali Perancis melancarkan serangan balas," kata Kroos.



Pengendali Jerman Joachim Loew, yang akan meletakkan jawatannya selepas Kejuaraan Eropah ini, terdesak untuk mengelak kejadian Piala Dunia 2018 daripada berulang di mana mereka menamatkan peringkat kumpulan di tangga tercorot. - AFP, Agensi berita.




"Ia bukanlah masalah besar. Anda sendiri saksikan di televisyen dan ia sudah berakhir.



Beliau menggigit sedikit dan saya merasainya, jadi saya beritahu pengadil tetapi tidaklah sampai memintanya melayangkan kad kuning atau merah.



Saya dan Rudiger sudah lama mengenali antara satu sama lain dan saya hanya mahu bermain bola sepak.



Beliau tidak dikenakan hukuman dan saya juga tidak mahu beliau digantung hanya kerana insiden itu. Kami berpelukan selepas tamat perlawanan dan perkara ini dianggap sudah berakhir."
- Pemain tengah Perancis, Paul Pogba.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >