KONTRAKNYA mungkin disambung tiga bulan lagi baru-baru ini bagi mengendalikan skuad sepak takraw negara mengharungi dua kejohanan utama - Piala Dunia Istaf bulan lalu dan Piala Raja Thai baru-baru ini.
Namun, khidmat jurulatih nasional, Padzli Othman, hampir pasti dikekalkan sempena Tahun Baru ini dengan bekas pemain nasional itu akan diserahkan tugas memimpin skuad negara jika berjaya dipilih beraksi di temasya Sukan Asia Indonesia pada 18 Ogos hingga 2 September ini.