PEMINAT bola sepak setempat perlu membayar $112.35 untuk menonton siaran langsung Piala Dunia 2014 di televisyen Jun ini – harga tertinggi sejak 2006.
Pakej tahun ini, yang turut membenarkan pelanggan menonton siaran langsung kesemua 64 perlawanan menerusi alat mudah alih, adalah hampir 60 peratus lebih tinggi berbanding $70.62 yang dikenakan empat tahun lalu.
Dalam 2006, pelanggan StarHub hanya membayar $10.50 untuk menonton Piala Dunia di televisyen.
Syarikat telelomunikasi (telko) SingTel mengumumkan semalam bahawa ia telah mengikat perjanjian eksklusif dengan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa).
Berdasarkan undang-undang perkongsian 'cross-carriage' Penguasa Pembangunan Media (MDA), SingTel perlu berkongsi kandungan dengan StarHub – serupa dengan cara ia berkongsi siaran Liga Perdana Eng
land (EPL).
Dalam kenyataannya semalam, StarHub berkata ia akan menuruti undang-undang itu, tetapi prihatin pelanggan perlu membayar harga yang lebih tinggi.
Peminat bola sepak boleh membuat pembayaran sekali sebanyak $112.35 (termasuk GST) untuk menonton siaran langsung Piala Dunia di kededua platform SingTel Mio TV atau StarHub.
Pelanggan SingTel yang melanjutkan kontrak atau mengikat kontrak baru selama 24 bulan untuk melanggan pakej Gold Pack atau mio stadium+ dari SingTel boleh menonton secara percuma.
Pakej mio stadium+ dan Gold Pack masing-masing berharga $59.90 sebulan dan mengandungi lebih 80 saluran termasuk kandungan EPL