Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND (EPL)

Palace penuh yakin, Arsenal penuh azam

Derby London antara Arsenal dan Crystal Palace membuka tirai musim baru Liga Perdana England (EPL) esok. Arsenal kecewa menduduki tempat kelima musim lalu dan mahu menebus kekecewaan itu. Tetapi pasukan Mikel Arteta itu ditewaskan Palace 3-0 musim lalu dan hanya mampu seri 2-2 pada perlawanan kedua menentang pasukan Patrick Vieira itu. Ini bermakna pembukaan menarik EPL.
epl
Aug 05, 2022 | 05:30 AM



LONDON: Seperti tahun lalu, musim baru Liga Perdana England (EPL) bermula dengan derby London apabila Arsenal dan Crystal Palace berentap di Selhurst Park dini hari esok.



Beberapa bulan lalu, anak didik Patrick Vieira membelasah Arsenal 3-0 di tempat sendiri ini, tetapi Mikel Arteta telah berusaha gigih semasa tempoh pramusim untuk memperkukuh benteng pasukannya dan Vieira dan Palace akan menyambut lawan berbeza musim ini.



Dan, semangat juang anak buah Arteta tidak boleh dipertikai selepas mereka bangkit selepas ketinggalan untuk mengikat Palace 2-2 dalam satu lagi perlawanan liga musim lalu. Keputusan itu membuat Vieira berlutut dan menepuk dengan amat kecewa padang di Stadium Emirates.



Namun, rasa optimistik tinggi melangit di Selhurst Park pada masa ini, selepas ia mengakhiri musim lalu di tangga ke-12 dan melangkah ke separuh akhir Piala FA.



Pencapaian itu disifatkan sebagai kesan pengaruh Vieira, pemenang Piala Dunia bersama Perancis dan kapten pasukan Arsenal bergelar Invincibles yang mengharungi musim 2003/04 tanpa kalah untuk menjuarai EPL ketiga.



Dua pemain baru Palace, Cheick Doucoure dan Malcolm Ebiowei, kini bersedia menunjukkan keupayaan mereka di England dan kehadiran mereka diharap boleh mengurangkan kesan kehilangan Conor Gallagher, yang terpaksa dipulangkan kepada Chelsea.



Palace akan turun padang berbekal dua kemenangan berturut-turut ke atas Queens Park Rangers dan Montpellier HSC dalam perlawanan persahabatan pramusim.



Dua kemenangan itu diraih selepas ia tewas kepada Liverpool dan Manchester United dalam sesi pramusim di Asia.



Justeru, Vieira akan melangkah dengan penuh yakin nanti, terutama statistik musim lalu menunjukkan Palace sukar ditewaskan di padang sendiri - ia mengelak tewas dalam enam perlawanan terakhir di Selhurst Park dan tidak dibolosi gol dalam lima perlawanan itu, menentang Arsenal, Man United dan Manchester City.



Vieira terpaksa menggunakan khidmat penjaga gawang simpanan Vicente Guaita kerana penjaga gawang baru Sam Johnstone cedera di lutut dan Jack Butland patah tangan.



Namun, beliau dijangka dapat menurunkan barisan depan berbahaya terdiri daripada Jordan Ayew, Wilfried Zaha dan Odsonne Edouard.



Arsenal pula akan turun padang dengan tekad menebus kekecewaan musim lalu.



Walaupun berjaya melayakkan diri ke kejuaraan Eropah, penyertaannya dalam Liga Europa bak sagu hati sahaja selepas ia disingkir daripada Liga Juara-Juara Eropah oleh seteru ketat Tottenham Hotspur pada hujung musim lalu.



Berdasarkan form yang ditunjukkan Arsenal semasa pramusim, ia antara pesaing utama bagi tempat di Liga Juara-Juara musim ini.



Ia bukan menewaskan Chelsea 4-0 di Orlando sahaja, malah membelasah Sevilla dengan menjaringkan enam gol dalam Piala Emirates.



Gabriel Jesus - yang dibeli daripada Manchester City - menjaringkan hatrik dalam perlawanan dengan pasukan La Liga Sepanyol itu, sementara Oleksandr Zinchenko, juga dari City, turut menunjukkan taring.



Kededua pemain ini dijangka beraksi dalam perlawanan pembuka tirai ini, dengan Martin Odegaard akan mendukung peranan di midfield sebagai kapten baru Arsenal.



Namun, Arteta merayu kepada penyokongnya supaya bertenang dan usah menambah tekanan ke atas pasukan itu.



Ini musim ketiga berturut-turut Arsenal akan memulakan kempen EPL dengan bertemu seteru sekota.



Ia menewaskan Fulham 3-0 dalam stadium kosong dek pandemik Covid-19 pada 2020, tetapi tewas 0-2 kepada Brentford pada permulaan musim lalu. - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >