Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

'Pasukan Asia tak perlu malu walau tamatnya perjuangan di Piala Dunia'

Dec 08, 2022 | 05:30 AM



DENGAN Piala Dunia kali ini diadakan di Qatar, ramai yang menjangkakan 2022 merupakan masa terbaik untuk menyampaikan mesej pada dunia - bahawa pasukan dari Asia sudah bersedia bersaing dengan adikuasa bola sepak global.



Namun, kekalahan Jepun dan Korea Selatan di tangan Croatia dan Brazil, bermakna Piala Dunia Qatar melangkah ke peringat suku akhir tanpa wakil dari pasukan Asia.



Jepun kalah 1-3 menerusi tendangan penalti kepada Croatia manakala Brazil terbukti terlalu gagah semasa menewaskan Korea Selatan 4-1.



Namun, pengamat bola sepak berkata persembahan pasukan seperti Jepun, Korea Selatan dan Austalia menunjukkan mereka berada di landasan betul.



Bekas pemain negara, Yakob Hashim, berkata seluruh Asia harus berbangga dengan persembahan pasukan Asia di Qatar.



"Mereka telah mempamerkan standard yang tinggi, mencerminkan bagaimana mereka telah mencapai kemajuan tahun demi tahun," ujarnya.



"Jepun agak tidak bernasib baik tewas melalui tendangan penalti, sedangkan mereka menguasai perlawanan khususnya dalam separuh masa pertama. Korea pula tidak perlu malu dikalahkan Brazil. Pasukan Brazil itu mampu menurunkan pasukan kedua yang hebat dengan pemain di bangku simpanan mereka," kata Yakob, yang kini merupakan jurulatih di sebuah kelab bola sepak kendalian kumpulan tidak mencari keuntungan .



Sementara itu, diminta mengulas, jurulatih kelab Liga Perdana Singapura, Noor Ali, pula berkata pasukan-pasukan Asia, terutama Jepun, Korea dan Australia, yang layak ke pusingan kalah mati, telah menunjukkan mutu yang baik sepanjang Piala Dunia ini, meskipun berdepan lawan yang amat mencabar.



"Mereka mempamerkan corak permainan bola sepak moden, dengan tumpuan pada possession (kawalan bola) dan serangan," katanya.



"Bagi saya, yang paling menyerlah ialah Jepun. Mereka menunjukkan mutu yang amat tinggi dan agak tidak bernasib baik apabila kalah di tangan Croatia," tambah Noor Ali, yang juga seorang bekas pemain nasional.



Sehubungan itu, Yakob menekankan bola sepak setempat perlu meneliti bagaimana pasukan Asia di Piala Dunia telah membangunkan bola sepak di negara masing-masing.



"Kita boleh ambil inspirasi daripada mereka dan belajar apa yang telah dilakukan negara-negara ini dan melihat bagaimana kita dapat melaksanakannya untuk pembangunan bola sepak Singapura. Jika negara-negara Asia ini boleh, saya yakin kita juga boleh," ujar beliau.




"Mereka (pasukan Asia) telah mempamerkan standard yang tinggi, mencerminkan bagaimana mereka telah mencapai kemajuan tahun demi tahun."
- Bekas pemain negara, Yakob Hashim.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >