Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Pasukan bola sepak Liverpool beri sokongan

Jun 02, 2020 | 10:30 AM



LONDON: Seramai 29 pemain kelab bola sepak Liverpool berkumpul di bulatan tengah padang dan melulut sebagai menunjukkan sokongan terhadap pergerakan 'Black Lives Matter' susulan kematian Encik George Floyd di Amerika Syarikat pada 25 Mei lalu.



Pemain 'The Kop' termasuk Virgil van Dijk dan Trent Alexander-Arnold memuat naik gambar di media sosial, Twitter, dengan menyatakan "Bersatu memberi kekuatan", diikuti tanda pangkah #BlackLivesMatter.



Istilah bertanda pangkah itu dipopularkan pemain bola sepak kebangsaan Amerika (NFL), Colin Kaepernick,  yang bertindak melutut dengan sebelah kaki menjadi simbol pertarungan dengan ketidakadilan berkaitan perkauman, sebelum bermula perlawanan. 



Penyerang Manchester United, Marcus Rashford berkata, beliau bimbang masyarakat "akan lebih berpecah berbanding sebelumnya" dalam keganasan selepas kematian Floyd di Minneapolis.


Kejadian mengejutkan itu mencetuskan bantahan dan tunjuk perasaan di bandar seluruh dunia dan mendapat kritikan hebat ikon sukan seperti Michael Jordan dan Lewis Hamilton.



"Pada ketika ini saya meminta orang ramai supaya bersatu, saling bekerjasama, kita seperti lebih berpecah daripada sebelumnya. Orang ramai disakiti dan ia perlukan jawapan," kata Rashford. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >