Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Pasukan floorball S'pura bakal raih kedudukan baik di WFC

Dec 13, 2019 | 04:49 PM



SINGAPURA bakal meraih kedudukan baik dalam Kejohanan Floorball Dunia Wanita (WFC) di Neuchatel, Switzerland tidak kira apa keputusan perlawanan mereka hari ini.



Walaupun jika ditewaskan Australia, mereka tetap akan mengakhiri acara tersebut di tempat ke-12 dari 16 pasukan, pencapaian tertinggi mereka sejak perlawanan tersebut ditukar kepada format satu divisyen pada 2011. 



Sejak perubahan tersebut empat edisi lalu, mereka telah melayakkan diri untuk ke peringkat akhir 2015 dan 2017, dan telah mendapat kedudukan terendah dalam kededua edisi tersebut. 



Pasukan negara memulakan perlawanan WFC seminggu selepas meraih pingat emas dalam Sukan SEA, tanpa menunjukkan sebarang tanda penat.  



Sebaliknya, anak buah Louise Khng menunjukkan bahawa mereka penuh semangat dan telah mendapatkan kedudukan tertinggi dalam Group D dengan rekod sempurna, menewaskan Thailand (3-1), Amerika Syarikat (7-2) dan Australia (5-4). 



Walaupun begitu hampir mencapai peringkat suku akhir- pencapaian yang tidak pernah diraih pasukan Asia lain- Singapura ditewaskan Jerman Rabu lalu. 



Ini tidak menjejas prestasi mereka dan pasukan negara menunjukkan persembahan baik walaupun kalah di tangan Denmark 9-4 di kompleks sukan La Riveraine semalam. 

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >