Pasukan kena denda kalau pemain alih minuman penaja, Berita Sukan - BeritaHarian.sg
Subuh
5:46
Syuruk
7:06
Zuhur
1:12
Asar
4:33
Maghrib
7:16
Isyak
8:28
Suatu Ketika di Singapura

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Sukan0

EURO 2020

Pasukan kena denda kalau pemain alih minuman penaja

Jun 19, 2021 | 05:30 AM

NYON (Switzerland): Pasukan bertanding dalam Euro 2020 boleh dikenakan denda sekiranya pemain mereka mengalihkan minuman yang disediakan oleh pihak penaja semasa sidang media, sebagaimana dilakukan Cristiano Ronaldo dan Paul Pogba.

Isnin lalu, Ronaldo, kapten Portugal, mengalihkan dua botol minuman Coca-Cola dan menyarankan kepada peminat supaya "minum air kosong".

Esoknya, pemain tengah Perancis, Pogba, secara tidak sengaja mengalihkan botol minuman keras penaja Euro 2020 dalam satu sidang media.

Pemain tengah Italy, Manuel Locatelli, menjadi pemain terbaru mengetepikan botol Coca-Cola di meja sidang media Euro 2020.

"UEFA sudah mengingatkan pasukan yang menyertai kejohanan ini bahawa penaja tidak boleh dipisahkan daripada pertandingan bagi memastikan perkembangkan bola sepak di seluruh Eropah, termasuk untuk remaja dan wanita," kata penganjur kejohanan semalam.

Halal Home-based Businesses
We want to help Halal Home-based Business owners during these tough times. See the link below.
Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Pengarah Euro 2020, Martin Kallen, berkata pemain setiap pasukan diwajibkan secara kontrak "mengikuti peraturan pihak gabungan kejohanan". - Agensi berita.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map