Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

EURO 2020 - KUMPULAN A

Pasukan mana ikut Italy mara?

Jun 20, 2021 | 05:30 AM



LONDON: Italy menjadi pasukan pertama untuk melayakkan diri ke pusingan 16 pasukan terakhir Euro 2020 setelah memaparkan prestasi hebat dengan mencatat dua kemenangan daripada dua perlawanan dalam Kumpulan A.



Pasukan mana yang akan mengikuti jejak The Azzurri ke pusingan seterusnya?



Wales, Switzerland dan Turkey sudah pasti mahu meraih mata maksimum dalam perlawanan terakhir Kumpulan A awal pagi esok.



Italy menyambut kedatangan Wales di Stadio Olimpico manakala Switzerland akan bertemu Turkey di Stadium Olimpik Baku di Azerbaijian.



Kededua perlawanan ini akan berlangsung serentak esok.



Selepas dua perlawanan, Italy mendahului Kumpulan A dengan enam mata.



Anak buah Roberto Mancini beraksi cemerlang menentang Turkey dan Switzerland, membelasah setiap lawan 3-0.



Rentak berbisa itu dijangka berterusan apabila berdepan Wales, dengan Italy - yang tanpa ramai pemain bintang berbanding pasukan negara hebat lain - kini disebut-sebut menjadi pencabar kuat bagi kejuaraan Kejohanan Eropah kali ini.



Italy belum lagi tewas perlawanan kompetitif di Rome sejak 1953 dan kemenangan 3-0 ke atas Switzerland awal pagi Khamis melanjutkan rekod tanpa kalah mereka kepada 29 perlawanan.



Optimistik, namun Mancini akur terdapat ujian lebih mencabar mennanti pasukannya.



"Terdapat pasukan yang telah dibina selama bertahun-tahun dan ia sewajarnya mereka melangkah lebih jauh daripada kami. Tetapi, apa sahaja boleh berlaku dalam bola sepak, anda tidak boleh mensia-siakan peluang," katanya.



"Setiap perlawanan sukar. Anda sentiasa harus tampil di padang dan bersaing. Saya beruntung mempunyai beberapa pemain cemerlang yang bersemangat mahu beraksi di padang - mereka selesa di padang dan ambil risiko... perjalanan masih jauh."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >