Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PIALA CARABAO

Mahkota lepas dari genggaman City lepas empat musim

Penyandang gelaran tewas kepada West Ham lepas Phil Foden gagal dalam penalti
Oct 29, 2021 | 05:30 AM



LONDON: Manchester City tidak akan menjulang Piala Carabao buat julung-julung kali sejak musim 2016-17, selepas ia disingkir daripada pertandingan itu melalui tendangan penalti oleh West Ham United semalam.



City, juara bertahan bagi empat musim berturut-turut, tewas 3-5 kepada pasukan tuan rumah yang beraksi di depan penyokong sendiri di Stadium London.



Perlawanan pusingan keempat pertandingan yang dulu dinamakan Piala Liga itu berakhir dengan seri tanpa jaringan.



Dan Said Benrahma muncul sebagai juara West Ham, menjaringkan gol melalui tendangan penalti yang menjamin kemenangan bagi pasukannya.



Bintang City Phil Foden, sebalik nya, gagal menyempurnakan tendangan penaltinya, hanya mampu melambungkan bola ke langit.



Ini kali pertama sejak 2016 City tersingkir daripada pertandingan ini, yang bermakna ia belum tewas dalam pertandingan itu selama empat musim.



Namun, kekalahan ini bukan ukur tara sebenar kekuatan anak didik Pep Guardiola.



Beliau menggantikan sembilan pemain dalam kesebelasan utama City, meskipun memasukkan pemain utama seperti Foden, Gabriel Jesus dan Jack Grealish pada babak kedua dengan City memburu gol dan kemenangan.



Penyertaan pemain mapan membantu City merancakkan tempo permainan dan membuat 25 percubaan gol, tetapi anak didik Guardiola gagal membuka tirai jaringan hingga wisel penamat, menyebabkan perlawanan berlanjutan ke tendangan penalti.



Bercakap kepada wartawan pada akhir perlawanan, Guardiola berkata kejayaan berpanjangan yang dikecapi pasukannya dalam pertandingan itu adalah hebat, tetapi mereka tewas kepada pasukan yang lebih baik dalam mengambil tendangan penalti.



"Tahniah kepada West Ham, kami akan kembali musim depan.



"Malangnya, percubaan Phil tersasar, tetapi beliau meraih pengalaman dan pengalaman sedemikian akan menjadikannya pemain lebih baik pada masa depan," ujar Guardiola.



West Ham menjaringkan semua lima penalti dan kini telah menewaskan dan menyingkir kededua kelab dari Manchester untuk mara ke suku akhir.



Di bawah pengurus David Moyes, West Ham semakin bertaring musim ini.



Ia sekarang menduduki tangga keempat Liga Perdana England (EPL) dan telah memenangi semua tiga perlawanan kumpulan Liga Europa.



Jurulatih West Ham Stuart Pearce, yang menggantikan Moyes dalam sesi media selepas perlawanan, berkata:



"Semua pemain kami layak menang perlawanan ini kerana mereka bermain bermati-matian."



Sementara itu, pesaing City bagi mahkota EPL, Liverpool, turut melangkah ke suku akhir selepas ia menewaskan Preston North End 2-0.



Pemain gantian Takumi Minamino dan Divock Origi masing-masing menjaringkan satu gol, dengan pengurus Jurgen Klopp memilih kesebelasan utama berlainan daripada pasukan yang membelasah Manchester United 0-5 di Old Trafford minggu lalu.



Tottenham Hotspur juga mara ke suku akhir selepas menewaskan Burnley 1-0, sementara Leicester City menang 4-2 ke atas Brighton melalui tendangan penalti.



Jaringan terikat 2-2 pada akhir 90 minit dalam perlawanan di Stadium King Power. - Agensi berita.




Pasukan mara ke suku akhir 



  • Arsenal

  • Brentford

  • Chelsea

  • Leicester City

  • Liverpool

  • Sunderland

  • Tottenham Hotspur

  • West Ham

*Undian bagi menentukan perlawanan suku akhir akan dijalankan esok.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >