Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Pasukan negara bakal beraksi dalam dua perlawanan persahabatan Jun ini

May 27, 2019 | 06:21 PM



PASUKAN negara bakal beraksi dalam dua perlawanan persahabatan Antarabangsa ‘A’ semasa tarikh perlawanan persahabatan antarabangsa FIFA akan datang antara 3 dan 11 Jun. 


Pasukan Singa, yang sebelum ini telah bermain dalam Piala Airmarine 2019 Mac lalu, akan beraksi sekali lagi untuk menentang Solomon Islands pada 8 Jun sebelum bertolak ke Myanmar pada 11 Jun. 


Kededua perlawanan akan diadakan di Stadium Negara. 


Setiausaha Agung FAS Yazeen Buhari berkata: “Tempoh perlawanan persahabatan antarabangsa yang akan datang ini merupakan masa yang penting untuk pasukan negara berkumpul untuk latihan bersama, terutama sekali bagi pemain dari luar negara. 


“Dua perlawanan persahabatan itu akan membantu pasukan membina momentum dari persembahan positif mereka semasa tempoh perlawanan persahabatan antarabangsa yang sebelumnya. 


“Tambahan lagi, perlawanan-perlawanan ini akan membantu pasukan dalam menyiapkan diri untuk pusingan kelayakan Piala Dunia FIFA 2022 yang akan berlangsung akhir tahun ini.” 


Perlawanan menentang Solomon Islands akan berlangsung pada Sabtu, 8 Jun di Stadium Negara. 


Pasukan Negara bakal menentang pasukan Myanmar pada 11 Jun di stadium sama. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >